Najib, Muhyiddin, Hishamuddin, Zahid Hamidi dan Shahrizat telah bersama-sama menghadiri satu persidangan antarabangsa antara ketua-ketua negara di Davos, Switzerland. Akhirnya, setelah sampai pada hari terakhir persidangan, Najib, Muhyiddin, Hishamuddin dan Shahrizat telah berpakat untuk menaiki kereta api mengelilingi Switzerland kerana, amatlah sayang jika peluang untuk melihat gunung-ganang yang indah Switzerland dilepaskan begitu sahaja.
Mereka bersetuju untuk pergi secara diam-diam tanpa memberitahu Zahid Hamidi kerana Zahid adalah seorang yang berpendidikan agama, mereka bimbang nanti 'malu alah' untuk melakukan perkara yang luar biasa di pandangan orang Melayu sepanjang perjalanan mereka nanti. Jadi, setelah memastikan Zahid tidur dengan nyenyak pada malam terakhir persidangan itu, mereka keluar dari hotel dan menuju ke stesen keretapi untuk memulakan pelancongan itu.
Memang indah pemandangan sepanjang perjalanan kereta api itu. Najib asyik menggunakan kamera megapixel tingginya untuk menangkap gambar gunung-gunung. Shahrizat tidak berhenti-henti menelefon suaminya berceritakan apa yang dilihatnya. Muhyiddin dan Hishamuddin pula saling bercerita tentang apa yang dilihat mereka melalui tingkap keretapi itu.
Tidak lama selepas itu, mereka tiba di satu terowong merentasi gunung, dan tidak semena-mena di dalam terowong itu, lampu di dalam keretapi itu terpadam. Keadaan agak kelam kabut, masing-masing cuba tetap di tempat masing masing.
Tiba-tiba, kedengaran satu bunyi ciuman yang agak kuat, dan diselangi dengan bunyi sekeping penampar, yang agak kuat juga. Akhirnya, keretapi itu keluar dari terowong itu dan lampu kembali menyala seperti biasa. Tetapi, semua perasan ada seorang makhluk sudah kelihatan berbeza berbanding sebelum ketiadaan lampu tadi.
Pipi Najib kelihatan kesan 'apom balik', kesan daripada tamparan orang yang tak diketahui. Dalam hati kecil Najib, dia berkata, "Cilakak Muhyiddin, ko yang nak menggatal ngan Juhi Chawla, tak pasal pasal aku pulak kena sekeping fidyah ngan orang tua ni."
Shahrizat pula berkata dalam hatinya, "Padan muka Najib, tak sedar dah ada bini, naik tocang pulak! Padan muka kena sekali ngan Muhyiddin punya bahagian." Muhyiddin pula bermonolog sendirian, "Najib......Najib. Kalau ye pun, takkan ngan perempuan tua ni ko nak menggatal. Memang patut ko kena sekeping ngan die."
Hishamuddin pula tersenyum sendirian. "Hmm, kalu masuk terowong sekali lagi, biar aku buat bunyi cium kuat-kuat, lepas tu aku tampar Najib lagi sekali. Hahaha, padan muka ko! Pandai mengata aku auwww kat belakang aku ye ?!"
(Diadaptasi berdasarkan situasi politik semasa, enjoy!)
:)
PN BERGOLAK?
4 days ago
0 comments:
Post a Comment