(Nota: Jangan tembak tak tentu pasal, baca dulu)
Dalam dunia ni ada macam-macam fahaman, ada macam-macam agama. Ada yang percaya feng shui, ajaran tao, buku vastu(veda), ajaran confucius, dan juga keliwon malion malion. Ada yang menganut agama; Agama Islam, Majusi, Nasrani, Yahudi, Hindu, Animisme, Jainisme, dan Buddha.
Ada yang tak percaya apa langsung. Ada yang percaya tuhan ini tak ada, semuanya terjadi secara 'natural' dan semulajadi. Ini karut, setiap benda ada penciptanya. Kereta dipasang di kilang, rumah dibina oleh buruh Indonesia, kain dihasilkan oleh penenun, dan macam macam lagi. Takkan dunia yang seluas mata memandang ni tak ada pencipta, fikirlah idea lain nak buat berdebat.
Kita mendakwa diri kita menganut Agama Islam, patuh kepada ajaran yang telah diturunkan Allah kepada nabinya, Muhammad S.A.W. Maka berbanggalah kita menepuk dada ke hulu ke hilir, ke segenap kampung dan bandar, "Akulah Melayu Islam tulen!". Perasan best.
Berhenti! Jangan bangga tak tentu pasal. Apakah kita benar-benar komited dengan agama kita ini? Sudahkah kita menerima pengiktirafan dari 'Guiness Book of Record' yang mengatakan kita adalah pengikut Islam yang sejati setelah diuji dalam air panas, berdiri atas paku tajam, dibakar hidup-hidup ataupun disumbat dalam kandang harimau? Tak da sehabuk. Macam mana kita mengakui sedemikian?
Sedar tak, berapa banyak masa kita luangkan untuk Agama Islam? Berapa banyak tumpah darah kita untuk mempertahankan Islam yang kita anuti? Berapa hengget atau berapa kupang kita kesampingkan untuk Islam? Banyak lagi persoalan yang boleh di'letup'kan untuk mengetahui tulen tak tulen Islam kita. Aku tau aku bukan tulen sangat. Ngaku je la. Tapi, ini semua mendedahkan kita kepada kemunculan tuhan baru yang kita komited sangat kepadanya tiap-tiap hari. Apa dia?
Duit.
Duit, Fulus, Nuqud, money, Qian, uang dan macam macam lagi terjemahan dalam bahasa lain. Bergelumang kita dengan ringgit, rupiah, dolar, riyal, dinar, euro, penny, franc, dan segala mak nenek jenis mata wang.
Marah?
Hari hari kita mengejar benda Allah ni. Kerja macam nak mati, 8 jam sehari, 5-6 hari seminggu untuk nak dapat gaji hujung bulan nanti. Ada yang siap tak cuti hari ahad buat overtime kat tempat kerja, dapat double gaji. Ada yang lagi daring, sanggup buat dua kerja; pagi pergi office, malam jual daging ayam kat pasar malam. Ahli-ahli korporat, kapal terbang sudah jadi rumah kedua mereka, sibuk nak kejar projek dan MOU. Ustaz pun......ade gak......ceramah masjid sana, masjid sini, pasal nak dapat 'side income'.(Ustaz Ismail Kamus kata, bukan ustaz sini, ustaz kat london la...)
Masih tak mengakui lagi?
Berapa lama sangat kita peruntukkan masa dan diri kita untuk Allah? Solat 5 kali sehari tak miss. Sekalung tahniah. Nak tanya sikit, berapa minit sangat kita solat untuk satu waktu? Paling 'alim pun 20-30 minit. Alim kucing sekejap je. Yang naik LRT, tak yah sembang la, seminit setengah sampai dah 'destinasi'. Itupun kalau sah. Kalau terlupa rukun, terkentut, dan macam-macam lagi 'ter' , tolak lagi. Cuba campur-campur jumlah waktu solat tu, banding dengan jam kita kerja sehari.....amacam?
Terus bertahan?
Dapat duit gaji apa kita buat? Beli kasut kulit, beg traveller yang tahan lasak, baju kot nak bawak gi meeting, cermin mata hitam untuk pandu kereta, pewangi badan, sabun susu kambing, kereta besar. Simpan duit untuk masa depan, masuk melabur dalam saham itu ini, masuk skim kawan punya, masuk insurans; takut mati mengejut. Semuanya duniawi yang berkaitan dengan fulus.
Sebaliknya, cuba kita fikir,
Apakah kita rajin berzakat dan sedekah sunat untuk orang yang kurang upaya? Menyumbang duit untuk perjuangan Al-Quds? Memberikan bantuan kewangan kepada masjid yang mahu dibina? Adakah kita menyumbang untuk pembangunan Islam sekeliling kita, jauh lebih banyak daripada membelanjakan untuk kesenangan hidup kita?
Tak ramai yang dapat buat. Aku pun tak.
Yang ramai,
"Tahun ini duit aku RM 70000, target tahun depan aku mesti jadikan RM100000!"
Tak perlu mendakwa diri kita sebagai Muslim tulen. Terlalu jauh lagi taraf kita untuk sampai ke maqam sedemikian. Untuk kebanyakan kita, Duit sudah menjadi Tuhan baru dalam hidup kita. Tahniah.
*Ditujukan khas untuk sesiapa perasan dirinya pelindung 'Melayu Islam' yang sejati di muka bumi Malaysia ini. Nampak cam best kat depan, tapi kat belakang macam taik kucing.
Semoga kita tak termasuk dalam golongan ini. Amin.
PN BERGOLAK?
4 days ago
0 comments:
Post a Comment