Kini tinggal satu hari menuju ke hari yang sangat penting dalam Islam.......hari Jumaat.
Hari yang mana orang Islam lelaki, akan beramai-ramai ke masjid untuk menunaikan solat jumaat, dan sebelum itu mendengar khutbah Jumaat yang sarat dengan pesanan yang berguna untuk dipraktikkan oleh umat Islam seluruhnya. Oklah, saya berpuas hati setelah PR menang di Selangor, khutbahnya boleh tahan relevan dengan isu semasa.
Saya bukanlah mahu bercerita tentang kewajiban, kepentingan dan hikmah yang boleh diperolehi oleh kita semua jika datang menghadiri solat Jumaat ini, benda-benda ini dah selalu dibincangkan oleh ustaz-ustaz di ceramah, speaker radio dan skrin televisyen. Perkara sunat yang digalakkan hari Jumaat juga ramai yang sudah tahu. Dosa akibat tidak menunaikan Solat Jumaat, dah selalu keluar dalam TV(Madu)3.
Saya nak bercerita tentang Imam.
Baru baru ini, saya bersolat Jumaat di sebuah masjid di dalam kawasan Kajang (tempat tak yah sebut la). Benar kata Dr. Hassan Ali, sejak 1 Jun, seluruh organisasi masjid di selangor telah dirombak dan digantikan dengan ahli jawatankuasam imam dan bilal yang baru, termasuklah masjid tempat saya bersolat ini. Ini untuk menghidupkan kembali ruh masjid yang telah lama di'tidur'kan Umno sejak bertahun-tahun dulu.
Selesai Solat Tahiyyah Al-Masjid, saya duduk mendengarkan khutbah tok imam ingin sampaikan. Apa yang membuatkan saya terang mata dan langsung tak mengantuk adalah, tok Imam ini punya masalah mahu membaca petikan ayat-ayat suci Al-Quran. Khutbah Bahasa Melayunya lulus, time nak masuk baca ayat, jadi tersangkut-sangkut. Oleh kerana saya tahu ayat apa yang mahu dibaca tok Imam, hati ini menjadi tak keruan mahu ayat dihabiskan dengan sempurna.
"....Idz......Idz....Idz...." Come on tok Imam! You can do it! Sikit lagi.......Sikit jer lagi nak habis!
Akhirnya tok imam berjaya. Alhamdulillah.
Ingatkan semua sudah settle down. Tiba-tiba masa baca doa setelah duduk antara dua khutbah pun problem lagi. Especially masa bahagian doa untuk Sultan Selangor. Tak dinafikan, doa part ini memang mencabar, penuh dengan tongue twister(hahaha). Tok imam tersekat-sekat nak menghabiskan part ini. Semua mata jemaah dah tertumpu pada mulut tok imam. Berketul-ketul perut ni, kita lak yang sakit perut nakkan doa ni habis. Aduh, awat boleh jadi lagu ni?
Tolonglah, buatlah homework dulu di rumah. Saya rasa doa di dalam khutbah Jumaat tidak ada bezanya antara setiap minggu. Lancarkanlah di rumah dulu; berlatih depan cermin, semak dengan isteri tercinta dan juga menulis kembali doa itu harfan bi harfin. Anda sebagai tok imam, tugas anda adalah menyampaikan khutbah(salah satunya), jadi penuhi amanah ini dengan berkhutbah dengan fasih dan lancar.
Ingat, ini sajalah hari yang dimana seluruh Muslim lelaki datang berkumpul di masjid, kita anggap semualah. Masa inilah kita nak sampaikan apa yang rasa perlu disampaikan. Masa inilah kalau nak enjet budak remaja untuk menggalakkan mereka datang ke masjid. Tapi kalau dok "....Idz......Idz....Idz....", nak enjet apa?
Kita dah bazirkan satu hari yang amat berharga. Harap semua yang ber'title' tok imam, bertahsinlah anda supaya apa yang anda khutbahkan betul-betul sampai ke telinga jemaah.
*Renung-renungkan dan selamat beramal!
:)
PN BERGOLAK?
4 days ago
0 comments:
Post a Comment