Battle of the rock dah bermula!

Najib’s bid to put aide on Petronas board hits snag

KUALA LUMPUR, June 23 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s bid to appoint his key aide as a director of Petronas is being resisted by the board and could put the Premier at odds with the national oil corporation's influential adviser, former premier Tun Dr Mahathir Mohamad....further reading

-------------------------------------------------------------------------------------

Yes! Bini Rosmah Boom Boom sudah mula menjarakkan diri daripada mentornya. Jadilah Che Det orang yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Bini Rosmah Boom Boom sebenarnya tidak selesa berpenasihatkan Che Det A/L Iskandar Kutty kerana Che det ni seorang yang meminta 'pengeras' setelah memberikan tunjuk ajar kepada 'protege'nya. Contoh? Terpaksa jugaklah Bini Rosmah Boom Boom memberikan jawatan kepada anak Che det, Mukhriz sebagai Timbalan menteri.

Selamat Tinggal Che Det Ku, Putus Sudah Kasih Sayang...

Che det telah digunakan sebagai bahan uji eksperimen dengan diletakkan di dalam tabung uji cecair 'Bukit Gantang' pada PRK yang lepas, dimana kehadiran Che det gagal memberikan sebarang tindak balas kimia yang diharapkan, iaitu menukarkan warna hijau cecair Bukit Gantang kepada merah darah. Sebaliknya cecair hijau itu berkembang dan membuak-buak keluar dari tabung uji yang digunakan. Eksperimen itu telah gagal sama sekali.

Che Det bukanlah Che Det yang dahulu. Orang ramai semakin melupakannya. Tambahan pula, terlalu banyak luka yang telah dibuat ketika 22 tahun pemerintahannya. Daripada memenjarakan Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat yang langsung tidak masuk akal, hinggalah kepada kenyataan yang menyakitkan hati umat Islam apabila mengatakan akan habislah batu-batu di tepian jalan kalau hukum rejam dilaksanakan.

Bini Rosmah Boom Boom sedar perkara ini. Che Det A/L Iskandar Kutty membawa liabiliti yang besar kepada dirinya. Malahan, dirinya juga adalah liabiliti kepada dirinya sendiri. Suaminya tidak perlu dihebahkan lagi gosip-gosipnya di samping keperkasaannya untuk menundukkan mata Bini Rosmah Boom Boom. Klip video berpuaka sebanyak 3 siri di youtube menambahkan lagi kekusutan Bini Rosmah Boom Boom. Dia harus bertindak. Tapi, tak mungkin dia menjarakkan diri dari suaminya. Jadi, Che Det terpaksa disisihkan, walaupun mungkin Che Det membakar jambatan nanti, tapi Bini Rosmah Boom Boom ini lebih sayangkan pangkatnya.

Sampai hati Jib hang lupa ka aku..

Tapi Che Det bukan seorang yang duduk diam jika sedar dirinya sedang diketepikan. Pasti Harimau Tua ini akan bangun daripada tidurnya walaupun giginya sudah hampir tiada, dan bulu juga sudah mulai gugur.

Che det bukan seperti Che Guevara yang kembali masuk hutan walaupun sudah mendapat jawatan menteri, dan akhirnya dihukum tembak mati oleh Kerajaan Bolivia. Che Det berkuasa selama 22 tahun kerana berjaya mempergunakan dan menjatuhkan orang sekelilingnya ex. Musa Hitam, Ghafar Baba, Ku Li dan juga Anwar Ibrahim. Licik, pandai tipu helah, putar belit dan menggunakan apa sahaja di depan matanya.

Dia bukan pejuang. Dia adalah pengeksploit tulen.

Semoga Dia Bertaubat atas Dosanya.

*Aku impikan sangat Mahathir ni sertai Pas. Mana tau? Selagi nyawa tak sampai ke halkum, apa apa pun boleh jadi.

0 comments:

Post a Comment