Ceritera tika Malam menjelang

Nampaknya dalam Pas dah mula reda skit pasal hal kerajaan perpaduan ni. Bagusla tuh. Daripada kejar benda yang tak tentu hujung pangkal lagi hasilnya, baikla kita tumpukan tenaga seluruh jemaah Pas untuk menghadapi Umno di Manek Urai. Kerja perlu dipertingkatkan menjelang hari penamaan calon nanti. Bukan kita semua tak tau, kita akan menghadapi kerajaan Barisan Nasional, bukan setakat Umno jer kat sana.

Percayalah, isu kerajaan perpaduan ni saja dihangatkan menjelang pilihanraya Manek Urai. Lepas ni, ia akan kembali senyap, seolah-olah tak ada apa apa berlaku. Tujuan dan maudu' utama Umno kerana hanya inilah isu yang boleh buat main kali ni. Macam orang main judi, poker texas hold'em, Umno punya duit untuk nak check atau bet tinggal $200 ni aja la. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Mana tau kad yang dealer/host bukak tu boleh buat royal flush ker combine ngan kad Umno. Dapat untung besar seh!

Pas kena sabar sikit lagi, jangan bukak kad lagi

Macam tu la jugak isu UG nih, Umno main gamble jer. Aku sure kalau Pas bertahan, kalau dalam bahasa poker, fold the cards, mampuih dah Umno tak ada modal isu nak diperjudikan lagi. Perlu diingat, dekat meja poker sekarang nih, bukan Umno dengan Pas jer, Taukeh MCA, Sivaji MIC dengan Raja Pakau Gerakan pun main sama. Biarkan diorang gamble sesama diorang. Tak perlu Pas lawan bukak kad masa ni. Tunggu masa yang sesuai, baru Pas join bukak. Mana tau dapat triple A's (PKR, PAS, DAP). Siapa tahu?

Bila Umno dah kehabisan modal nanti, mereka tahu kerusi empuk Putrajaya tu akan menjadi milik PR pada PRU 13 nanti. So, biarkan Umno turjun bersama labu labunya. Kalau boleh, labunya kita ambil buat makan, biar dia terjun sorang-sorang.
Makan labu Sunnah Nabi

Mari kita close ranks, lupakan semua sengketa, terus berjuang supaya tercapai matlamat Pas untuk merampas kerajaan pusat PRU13 nanti. Yang terdekat, Manek Urai, Pas akan menghadapi serangan Umno dari udara, darat dan laut, bukan cinta biasa ni! So, yang sudah tu sudahlah, jangan dibuat-buat lagi khalwat dalam semak ni. Buat sesak dada orang jer. OK?

Ingin melihat tiga pemimpin ini bersama kembali

Atas permintaan seseorang, aku mengambil jalan untuk menghormati keadaan yang reda sekarang ini. Jadi tiada sebarang kritikan. Tetapi jika diletupkan kembali time bomb, aku akan kritik semula.

p/s: aku tak suruh main poker ok? :) Tamthil. Buat contoh ajer.

2 comments:

Pengasas said...

Salam SkuadPeninjau,
Blog yang hebat. Ada demokrasi di sini.
Maaf, saya senaraikan blog ini pada Pemaya (S-Z) dalam blog Catatan Santai saya.
Tahniah.

Skuad Peninjau said...

W'salam,
Syukran kerana sudi menyenaraikan blog saya yg tak seberapa ini.
Saya meraikan perbezaan pendapat antara jemaah. Asalkan dibuat secara beradab.

Syukran.

Post a Comment