Majlis Raja-raja perlukan pandangan Majlis Agama Islam
KUALA LUMPUR 29 Jun - Majlis Raja-Raja hari ini memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).
utusan merayu
---------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, Duli-Duli Tuanku memberikan pukulan KO kepada Bini Rosmah semalam.
Idea untuk meminda undang-undang keluarga Islam ini adalah sangat berbahaya, kerana belum pasti anak-anak adalah Islam jika ibu atau ayah sudah Islam. Fitrahnya, semua insan dilahirkan Islam sehinggalah dia mencapai akil baligh, sehingga dia dapat membuat keputusan yang matang untuk diri sendiri.
Pindaan yang sangat diraikan oleh puak-puak NGO bukan Islam dan juga yang bertopengkan Islam akhirnya telah diberikan 'pil tidur' semalam. Sembah kasih ke bawah Duli Tuanku Raja- Raja.
PN BERGOLAK?
4 days ago
0 comments:
Post a Comment