Secebis idea tentang kerajaan perpaduan

Kes kerajaan Perpaduan ini sebenarnya tidak pernah timbul sama sekali dalam agenda PR, dan Pas khususnya, kerana perkara ini tidak pernah dibawa ke dalam muktamar Pas yang sebelum ini, termasuk yg baru saja berlaku di Stadium Melawati, Shah Alam, baru baru ini. So ianya tidak pernah wujud sama sekali. Mungkin sekali ianya lontaran idea Tok Guru Hadi Awang, tak lebih daripada itu. Kesilapan Tok Guru, adalah termakan 'umpan' para wartawan yang bertanya tentang soalan kerajaan perpaduan kepada beliau. Ini dilihat sebagai membuka kembali persoalan KP yang tak pernah ada.

Tok Guru Mangsa Keadaan

Secara jujurnya, idea ini bagi saya, adalah sesuatu yang baik jika dapat dilaksanakan di bumi Malaysia ini. Tapi apabila difikirkan tentang apa yang telah terjadi kepada PR, dan Pas khususnya, sejak zaman kemerdekaan dahulu, idea ini patut dikuburkan terlebih dahulu. Tidak semestinya idea yang baik itu boleh diimplementasikan pada bila-bila masa. Seharusnya, tunggu waktu yang sesuai untuk diutarakan idea ini kembali.

Seperti yang dikatakan oleh banyak orang, kerajaan perpaduan ini akan terjadi apabila keadaan yang mendesak berlaku, seperti peperangan, rusuhan, reformasi, kebuluran, masalah ekonomi dan sebagainya. Maka bersatulah semua parti-parti atas nawaitu yg sama, iaitu mahu membawa keluar negara dari belenggu masalah. Dan, selalunya kerajaan jenis 'baik' ini tidak kekal lama. Sila baca sejarah kanada dan indonesia untuk selanjutnya.

Dalam konteks Malaysia, nampaknya, situasi tidak mendesak untuk kerajaan perpaduan diadakan. Kerajaan BN masih stabil. Masih mempunyai majoriti yang nyata untuk memerintah Malaysia. Tidak ada sebarang masalah yang kritikal timbul. Malaysia tidak ada perang, rusuhan, atau kebuluran yang memaksa KP dibuat.

Sebaiknya, Tok Guru Hadi Awang tidak mengutarakan idea ini kepada media tanpa mengutarakannya dahulu dalam muktamar pas. Walaupun itu adalah idea TGHA, tapi barang diingat, beliau adalah Presiden Pas, sebarang kalimah yang keluar dari mulut TGHA akan dianggap sebagai kenyataan rasmi Pas, atas kapasiti jawatan beliau. Sekiranya idea ini dibincang bersama terlebih dahulu, kemungkinan besar, masalah ini tidak akan wujud.

Sekiranya idea ini dibawa ke meja muktamar untuk dibahaskan, dan juga diluluskan sebulat suara oleh majoriti perwakilan Pas, maka semua risiko akan ditanggung oleh perwakilan, termasuklah kemungkinan kalah besar dalam PRU. Tapi ini tidak akan menjadi masalah, kerana ianya telah dipersetujui. Walau ke lautan api pun, akan direnangi, kalau sudah sepakat.

Idea bagus, tapi perlu ke muktamar dahulu

Sebaik-baiknya TGHA berconsult dengan semua jemaah Pas dahulu dalam mengutarakan sesuatu idea. Bertindak berseorangan dengan meninggalkan jemaah bukanlah idea yg bernas. Keadaan sekarang, berdasarkan apa yang saya dengar, agak parah. Semoga keadaan dapat dijernihkan kembali.

Macam yang pernah saya tengok dalam Discovery Channel, kambing kalau berjalan secara beramai-ramai, harimau takkan berani datang kacau, pasti kena tanduk dengan diorang. Tapi kalau seekor, kendurilah harimau.

Bersambung.....

0 comments:

Post a Comment