Mereka orang-orang yang lebih tua daripada saya. Kebanyakannya sudah mula berjuang dalam Pas sebelum Anwar dipecat lagi. Lebih kental semangat mereka daripada kita yang baru menyertai Pas sekarang. Mereka bergerak tanpa ada bantuan dan sumbangan daripada orang ramai. Jadi, mereka ini lebih boleh diharapkan untuk membuat analisis tentang keadaan Pas sekarang. Banyak pengalamanlah katakan.
Antara yang saya dapat korek daripada pejuang-pejuang veteran ini adalah,
Soal Ustaz Nasharudin Mat Isa,
Apa yang masih diingati saya, seorang pak cik melahirkan rasa bimbang tentang masa depan Pas. Dia terus terang mengatakan yang dia tidak berpuas hati dengan Ustaz Nasa. Ketika dahulu, Pas terkenal dengan 'segitiga' kepimpinan Pas iaitu Ustaz Fadhil, Tok Guru Hadi Awang dan Tok Guru Nik Aziz. Tiga pemimpin ini seiring bergerak dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Seorang Pak Cik lagi tidak merasakan adanya Ustaz Nasa dalam kepimpinan Pas. Saya faham, dia seorang tua, tidak mahir dalam menggunakan internet. Jadi mungkin dia tidak mengetahui berita mutakhir di dalam Pas. Tapi, dia kata, Ustaz Nasa sudah memegang jawatan TP Pas selama 2 penggal. Sepatutnya kehadiran dan sentuhan Ustaz Nasa sudah boleh dilihat. Hal muqabalah dalam gelap tambah menimbulkan persoalan terhadap kepimpinannya.
Soal kerajaan perpaduan,
Rata-rata semua tidak bersetuju Pas dan PR untuk bekerjasama dengan BN. Sentimen kebencian terhadap BN khususnya Umno amat tinggi. Saya cuba songket dengan pertanyaan "Pak Cik, tapi inikan idea Tok Guru?"
Terus seorang pak cik ni jawab, "Baik aku masuk Umno dari dulu kalau betul-betul nak buat, kurang-kurang gi mesyuarat dapat duit." Pak cik lain tambah, "Apa ni? Penat aku berjuang bertahun-tahun, tau tau diorang nak kerjasama lak. "
Terus seorang pak cik ni jawab, "Baik aku masuk Umno dari dulu kalau betul-betul nak buat, kurang-kurang gi mesyuarat dapat duit." Pak cik lain tambah, "Apa ni? Penat aku berjuang bertahun-tahun, tau tau diorang nak kerjasama lak. "
Yang paling best komen ni, "Rela aku Pas kalah seribu tahun lagi daripada gi berbaik ngan Umno!"
Banyak lagi yang saya catat daripada perbualan dengan ahli-ahli Pas sekitar kawasan saya. Semuanya panas-panas. Biarlah saya simpan dulu. Tapi renung-renungkan kata seorang pak cik saya, orang veteran Pas di Kajang:
"Hati aku tinggal setengah jer lagi kat Pas, pasal Pas ni parti Islam. Kalau nak pikir orang atas, dah tak heran aku. Buat keputusan syok sendiri jer."
*Kalau nak marah marahlah, yang penting suara diorang saya dah luahkan. Tapi, kalau Pas kalah PRU13 nanti, memang saya tak heran.
0 comments:
Post a Comment