Ada Sebuah Masa'elah

Tuan Aziz: Saya dipilih sebulat suara...

Calon BN dalam pilihanraya kecil Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat berkata, beliau dipilih secara sebulat suara untuk bertanding di kerusi tersebut.

malaysiakini
---------------------------------------------------------------------------------------------

Aku tak de la nak pertikaikan kelayakan dia sebagai calon BN uuMno untuk PRK Manek Urai 14 Julai nanti. Gasaklah korang, cah keting ko, begapo ko, kawe dok cagho.

Tapi, betul orang kata, apakah motif Wak Sembab pilih dia untuk dijadikan calon. Apakah kelebihan dia berbanding ahli-ahli Umno yang lain? Sampai taukeh getah pun melopong tak dapat jadi calon kali ni?

Ingat balik dialog P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang:

"Kekuatan Laksamana Hang Tuah bukanlah terletak di keris atau tenaganya, tapi terletak di atas huruf Ta,"
"Cuba huruf Ta ditukar dengan huruf Ba, Datok kenal pada nama Hang Buah?"
"Tak kenal."

Mungkin kot pasal tu Wak Sembab pilih Tuan Aziz Tuan Mat jadi Calon BN. Agaknya...

"Kekuatan Tuan Aziz Tuan Mat bukanlah terletak di songkok atau di duitnya, tapi terletak di atas huruf T,"
"Cuba korang try tukar huruf T dengan B, korang pernah dengar nama Buan Aziz Buan Mat?"
"Tak pernah, Tan Sri."

*Kenapa nama dia ni sipi-sipi dengan nama Tok Guru Nik Aziz? Nak amik barokah ke ataupun nak bagi penduduk Manek Urai keliru? Kesian BN, dah habis strategi agaknya.

1 comments:

Isa said...

Itu dah memang trick mereka... ha..ha..ha...

Post a Comment