1. Fatwa Al Habib Mukhriz Al Mahathiri
Setelah melakukan khalwah(pengasingan diri) selama 35 tahun, 2 hari lepas Al Habib Mukhriz Al Mahathiri telah mengeluarkan fatwa yang mengatakan perpaduan antara Pas dan Umno itu adalah wajib. Fatwa ini dikeluarkan setelah dilihat kepada situasi umno, yg mana tariqatnya semakin kekurangan pengikut dari masa ke masa, lagi lagi setelah berlakunya kejadian aneh awal 2009, yang mana pengikut tariqat ini menumbangkan habib mereka yg mempunyai makam yang tinggi, Habib Abdullahi Al Penangi secara beramai ramai.
Daripada kata pengikut tariqat umno, Habib Abdullahi mempunyai kelebihan yang istimewa berbanding Habib-Habib yang lain. Habib mampu berkomunikasi dengan para wali yang telah meninggal dunia melalui kaedah ilham dan mimpi. Hal ini boleh dilihat kerana, Habib Abdullahi sering menutupkan matanya di Majlis-majlis, munaqashah- munaqashah, dan multaqa-multaqa yang dihadirinya. Dipercayai, Habib berkomunikasi dengan para wali ketika detik ini.
"Ana tak suka umat Islam berpecah belah, ingatkan baru aja ana nak teruskan khalwah sehingga 40 tahun lagi sampai tak da nyawa ana", kata Habib Al Mahathiri. "Malam tadi ana bermimpi berjumpa dengan pemimpin tertinggi tariqat ana, Habib A'la Mahathiri, yang meminta ana menyampaikan hal ini. Kalam ini datang terus daripada mulutnya."

:p
0 comments:
Post a Comment