Malam tadi TV kata 10000 orang Umno hadir untuk majlis pengisytiharan Calon BN di Manek Urai untuk PRK 14 Julai ni. Jadi untuk mengetahui berapa jumlah sebenarnya yang menghadiri majlis ini, mari kita menganalisa melalui gambar yang diambil daripada blog pinkturtle2.wordpress.com
Untuk gambar pertama, selain badan Muhyiddin dan Mustapa, setelah dikira, adalah lebih kurang 50 orang berada di dalam gambar, ini temasuklah, ahli Umno yang sedang bersalam dengan Muhyiddin, yang sedang berdiri, 3 bodyguard berbaju hitam dan seorang jurukamera.
Dalam gambar kedua pula, jumlah orang yang menghadiri majlis itu adalah lebih kurang 70 orang tambah seorang gedebe berbaju putih yang menjaga anak buahnya dan juga 2 orang mok cik yang baru sampai ke majlis ini.
VIP yang hadir pula adalah: Wak Sembab, Tok Pa, Kak Charizard, dan Kak Rosnah.
Sekarang mari kita mengira.
Satu kepala VIP berharga 500 orang. Jadi 4 orang VIP memberikan nilai 2000 orang.
Hadirin biasa pula berjumlah 120 orang. Setelah dikira penjumlahannya:
VIP 4 X (500) = 2000
Orang Biasa 120 X (50 ) = 6000
Jumlah VIP + OB = 8000
Angka di dalam kurungan adalah pemberat yang biasa digunakan oleh Umno untuk mengira kehadiran orang ramai ke majlis mereka. Makin sedikit yang datang, makin besar nilai pemberat.
Untuk pengiraan nilai tambah, ia dikira berdasarkan kemungkinan ada lagi hadirin yang tidak kelihatan di dalam gambar yang di'candid'. Daripada sumber dalaman, nilainya adalah 1/3 daripada jumlah orang ramai yang hadir. Jumlah nilai tambah untuk kehadiran kali ini adalah 2000 orang.
Maka ditambah dengan 8000 tadi. Grand totalnya adalah 10000.
Tepat sekali seperti apa yang dikhabarkan skrin tv malam tadi. Kiraan ini boleh dipraktikkan jika ada lagi keramaian Umno di mana-mana tempat.
Kita berjumpa lagi dalam majlis Umno dan BN yang lain akan datang. Jumpa lagi!
SAMPAI NAK BUNUH-BUNUH?
3 days ago
0 comments:
Post a Comment