Sheikh Muhyiddin Berfatwa Lagi

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata PAS tidak mengenepikan agama Islam hanya disebabkan ia mempunyai fahaman politik yang berlainan.

Menurutnya, UMNO lebih lama berjuang dalam menegakkan syiar Islam berbanding dengan parti pembangkang itu dan perkara itu sendiri diperakui oleh umat Islam di negara ini.

"UMNO adalah jauh lebih Islam daripada PAS dan salah satu daripada perjuangan parti kita adalah untuk menegakkan syiar Islam di negara ini. Perkara ini tercatat dalam perjuangan UMNO," katanya.

mstar Online

---------------------------------------------------------------------------------------------

Keluar lagi fatwa dari mulut AsSheikh Muhyiddin Al-Johori hari ni. Setelah dulu mengatakan undi Umno pun masuk syurga jugak, sekarang dia mendakwa Parti Umno lebih Islamik, diberkati, dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Tak mau kata banyak. Biarlah gambar yang berbicara.

Kalau macam ni sukatan Islamiknya Umno dan pemimpin-pemimpinnya berdasarkan pandangan Muhyiddin, makanya Alhamdulillah, kita boleh menutup mata dengan tenang pada hujung umur kita untuk menghadap tuhan Rabul Jalil nanti, kerana parti yang kita sokong sangat Islamik!

*Kalu hang kata Umno parti yang bawa kemodenan di Malaysia, boleh tahan bicara lagi. Ni nak ngaku Umno lebih Islamik daripada Pas, dua kali mati hidup balik pun aku tak boleh terima.

0 comments:

Post a Comment