26 March 2005, 6.30Pagi
Ayahku sudah bangun awal-awal pagi lagi bersiap sedia untuk pulang ke kampung di Tanjung Malim, Perak untuk mengambil kakakku yang sudah mula cuti semester universiti dan juga opah (nenek) untuk tinggal bersama-sama keluarga kami, mungkin untuk tempoh seminggu. Dia mengejutkan aku untuk mandi untuk bertolak awal pagi, supaya tiba awal di kampung. Huh, mengantuknya, hari ini hari rehat sepatutnya, segan nak bangkit awal...tapi tak apalah, ayah punya pasal. Segera sahaja aku bersiap.
Menaiki motor ke Stesen LRT Sungai Besi, keadaan agak sunyi tika itu; ya tak ya, hari ini hari sabtu, cuti. Jadi ayahku membawa motor agak lancar dan cepat. Selesai membeli tiket, kemudian ayah menarik tanganku dan menggesa supaya berlari sedikit kerana tren yang ada sudah hampir bertolak. Funny, enjoy, lucu kerana ayah berkali kali berkata "tunggu! tunggu!" seolah olah bisa tren itu menunggu. Tren itu mengikut masa, tak mungkin akan menanti kami. Whatever, we able to board the train. Perjalanan diteruskan ke Puduraya.
Sesampainya di Puduraya, ayah terus membeli tiket bas menuju ke Tanjung Malim, kebetulan ada sebuah bas yang akan bertolak dalam 15minit lagi. Alhamdulillah, tak perlu aku menunggu lama di sini. Panas, sesak, rimas. Kami menuju ke platform yang tertulis di tiket. Ya, bas sudah tersergam di bawah. Tanpa membuang masa, aku dan ayah menaiki bas. Tapi.....sesuatu yang pelik hari ini, ayah tidak mahu duduk di sisi aku, tidak seperti sebelum ini. Pedulilah, mata dah berat sangat, yang penting dapat tidur dulu. Jam ditangan menunjukkan jam 10.00pg, bas sudah mula bergerak keluar dari Puduraya.
26 March 2005, 11.15pagi
Sampai di stesen bas Tanjung Malim. Aku fikir bas ini agak laju kerana selalunya tempoh perjalanan mengambil masa 1jam 30 minit. Hmm, janji sudah sampai. Ayah pula sibuk menelefon Mak Lang supaya menjemput kami di stesen. Tiada jawapan, mungkin Mak Lang sibuk di sekolah. "Ok ok, jadi kita jalan kaki je lah, boleh tak?" Pergh, biar betul ayah ni. Dekat sebatu dari sini nak ke rumah opah. Layankan ajelah, matahari dah naik ni, daripada berpeluh tak pasal, baik berpeluh berjalan kaki.
Ayah berkali-kali bertanya samada mahu bersarapan dahulu atau tak di pekan, sampai aku naik bosan. Akhirnya, "Kan saya dah kata, tak nak, tak nak lah!" Sumpah itu sekali sahaja aku berkasar dengan ayah. Aku sangat hormat dia, tapi tak tau angin apa yang datang hari ini. Tapi, aku menjadi kasihan melihatkan muka ayah aku yang seperti mahu juga aku bersarapan hari ini. Baiklah, kuturutkan ayah ke kedai mamak yang paling sedap di pekan untuk menjamah sekeping roti canai, untuk puaskan hati ayah.
Selesai bersantap, perjalanan 'lassie' versi aku dan ayah diteruskan. Mencari jalan lintas landasan keretapi, akhirnya jumpa, tapi dengan kifarah; habis seluar jeans aku dengan kemuncup. Seketika aku berfikir, aku tak pernah berjalan sejauh ini bersama ayah. Tersenyum aku sendirian. Akhirnya, dalam jam 12.15tghri, kami tiba di rumah opah.
26 March 2005 12.15tghari
Senyap sunyi. Tiada orang. Kakakku ada hal di universiti sebentar. Mungkin Mak Lang ke sekolah bersama murid-murid kurang upaya yang Mak Lang sangat sayangi. Jadi, yang tinggal opah aku seorang. Misi mustahil! Agak payah opah mahu mendengar suara kami di luar. lelah di'azan'kan di depan dan di belakang rumah, masih opah tak membalas. Akhirnya, aku memanjat pagar keliling rumah opah, terus kuketuk tingkap dan pintu belakang rumah, opah selalu di situ. Barulah opah menjawab salam dan membuka pintu rumah. Berjaya adanya!
Berehat dan bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan kereta kakak petang ini. Tiada apa yang menarik perhatian aku sepanjang 1-2jam pertama di rumah opah. Ayah seperti orang yang kelaparan, sambung makan lagi; tadi yg makan dua pinggan roti canai apa cer? Kelakarla.
26 March 2005 4.00ptg
Sehinggalah ketika detik mahu pulang, aku, ayah dan kakak sudah bersedia untuk bertolak pulang, tapi opah masih mengenakan tudung labuhnya, masih tidak habis habis lagi. Ayah sudah mula bersyarah di luar rumah, dia terlewat untuk bertugas di Stadium Hoki Bukit Jalil kalau opah masih di biliknya. Apakan daya, aku hanya bisa mendengarkan amarah ayah. Ayah kalau marah, siapa pun jangan menyampuk, jangan! Tapi dia jarang marah, dan hari ini dia marah sangat, dan dia tidak pernah marah opah sebelum ini. Kalau dengan opah, dia selalu pendamkan marahnya.
Bertolaklah juga dalam kelewatan itu. Hujan lebat. Ayah muka sudah masam mencuka. Keadaan dalam kereta sepi tanpa banyak bicara. Tapi di tengah perjalanan, ayah sudah ok. Dia memberitahu aku, "kereta arwah atuk ni sedap lagi, press 120km/h pun steady jer, kamu jaga kereta ni elok-elok!" Aku mengangguk. Toyota GL tahun 1980, memang patut dipuji kerana masih power lagi.
Sampai di stesen LRT Sungai Besi, aku dan ayah berbincang, siapa yang akan menunggang motorsikal ke rumah. Pada mulanya, aku volunteer untuk tugas berat ini, dan ayah pun ok tanpa banyak soal. Tapi entah kenapa, ayah aku tiba-tiba mahu aku membawa kereta pulang ke rumah bersama opah dan kakak. Ok. Aku tinggalkan ayah di stesen dalam jam 5.30ptg. Dia melambaikan tangan dari jauh, dan memesan supaya memandu kereta berhati-hati.
26 March 2005 6.15pm
Dalam perjalanan pulang setelah membawa opah menziarah rumah Mak Long di Putrajaya, aku menerima panggilan telefon dari hp ayahku. Terus aku angkat panggilan, "Assalamualaikum abah, kenapa?" Kejutannya bukan ayah yang menjawab salam aku, tapi orang lain, orang hindu. "Adik, ayah U accident dekat ini Mint Hotel la," terus jantungku berdegup sekencang-kencangnya, masih kudengarkan lagi suara ayah di dalam talian, menyebut namaku. Ayah masih ada. "Adik terus ke HUKM ya, cepat skit dik!" Aku pulang ke rumah menukar kenderaan, mengambil van. Ibu, adik dan abangku bergegas gegas bersiap untuk ke HUKM bersama-samaku. Jam 7.00ptg abangku membawa kami semua ke HUKM untuk mengetahui situasi ayahku. "Ayah, Ayah, Ayah, jangan tinggalkan kami," hati kecilku berkata. Di wad kecemasan HUKM, kami menunggu dengan penuh sabar, laporan doktor yang memeriksa keadaan ayah.
Seorang doktor wanita bertudung keluar dari wad kecemasan, menanyakan siapakan isteri kepada ayahku, ibuku menjawab dan mendekati doktor itu. Doktor itu kemudiannya memegang kedua-dua bahu ibuku dengan erat. "Puan, saya harap puan dapat bersabar banyak banyak. Sebenarnya semasa di dalam van ambulans tadi, suami puan muntah darah, dan tak sedarkan diri. Kami cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan suami puan, tapi Allah lebih sayangkan dia. Bersabar ya puan." Air mata ibu keluar mencurah-curah. Aku juga tak dapat menahan hibaku, air mataku tak dapat ditahan lagi. Ayah pergi tidak semena-mena dari kami semua.
Patutlah, dia mahu bersarapan bersama aku pagi tadi, berjalan kaki ke rumah opah walaupun jauh bersama aku, berpesan supaya menjaga kereta arwah atuk sebaiknya, dan membawa pulang opah dan kakakku pulang ke rumah kami hari ini. Seolah-olah dia mahu mengumpulkan kami semua supaya dapat bersama-sama ketika dia meninggal dunia.
Ayah dikebumikan esoknya, 27 Mac, yang pada hari sama, hari kakakku dilahirkan. Ya Allah, adakah ini semua kebetulan atau suratan?
Ayah, terlalu singkat kenanganku bersamamu, namun kau banyak mengajarku erti kehidupan. Hanya Allah yang bisa membalas segala jasamu. Semoga kau tenang di sana ayah.
AlFatihah,
Ayah
1954-2005

0 comments:
Post a Comment