Kerajaan BN Perak TUMBANG atau BUBAR? (Versi Pagi)

SEBELUM PEMBUBARAN DUN PERAK ATAU TUMBANGNYA KERAJAAN BN PERAK, MARI KITA PERHATIKAN BEBERAPA PERKARA YANG PENTING:

1. KEMUNGKINAN TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA AKAN MASUK BERTANDING DUN.

2. DR ZAMBRY KEMUNGKINAN TIDAK AKAN MENJADI MB LAGI.

3. BERLAKU PERCANGGAHAN SIAPAKAH WAKIL PAS YANG AKAN MENJADI MB JIKA DITAKDIRKAN MENANG SEKALI LAGI. PJ PAS ATAU IR NIZAR.(pro pr lawan pro UG)

4. KEMUNGKINAN PKR AKAN MEMINTA JAWATAN MB DISERAHKAN KEMBALI KEPADA MEREKA. DSAI PERNAH MENDESAK SI POSMEN MENJADI MB PERAK. (mujo tak jadi)

*Khabar angin bertiup sepoi-sepoi. Tak taulah betul ke tidak. Dr Abdul Wahab Arbain lebih detail. Saya tak nak cakap banyak-banyak. Saya bukan orang besar nak tau pasal ni.

Tambahan
(Saekor dua ekor katak telah pergi ke paya tanpa pengetahuan yang lain. Adakah mereka pergi bertelur ataupun melompat lebih tinggi?? Mungkin pergi bertelur kot, saja nak bagi goyang sket!
Ada yang melaporkan Yidin nak mengadap Sultan. Jangan buat kelakar?! Yidin tengah ada kat Perancis. Beragakla nak buat berita pun. Ataupun Yidin ada Ilmu Pendua Yang Tiada Tiganya?? Hahaha)


Allahua'lam.

Tragedi di Switzerland

Najib, Muhyiddin, Hishamuddin, Zahid Hamidi dan Shahrizat telah bersama-sama menghadiri satu persidangan antarabangsa antara ketua-ketua negara di Davos, Switzerland. Akhirnya, setelah sampai pada hari terakhir persidangan, Najib, Muhyiddin, Hishamuddin dan Shahrizat telah berpakat untuk menaiki kereta api mengelilingi Switzerland kerana, amatlah sayang jika peluang untuk melihat gunung-ganang yang indah Switzerland dilepaskan begitu sahaja.

Mereka bersetuju untuk pergi secara diam-diam tanpa memberitahu Zahid Hamidi kerana Zahid adalah seorang yang berpendidikan agama, mereka bimbang nanti 'malu alah' untuk melakukan perkara yang luar biasa di pandangan orang Melayu sepanjang perjalanan mereka nanti. Jadi, setelah memastikan Zahid tidur dengan nyenyak pada malam terakhir persidangan itu, mereka keluar dari hotel dan menuju ke stesen keretapi untuk memulakan pelancongan itu.


Memang indah pemandangan sepanjang perjalanan kereta api itu. Najib asyik menggunakan kamera megapixel tingginya untuk menangkap gambar gunung-gunung. Shahrizat tidak berhenti-henti menelefon suaminya berceritakan apa yang dilihatnya. Muhyiddin dan Hishamuddin pula saling bercerita tentang apa yang dilihat mereka melalui tingkap keretapi itu.

Tidak lama selepas itu, mereka tiba di satu terowong merentasi gunung, dan tidak semena-mena di dalam terowong itu, lampu di dalam keretapi itu terpadam. Keadaan agak kelam kabut, masing-masing cuba tetap di tempat masing masing.

Gelap! Gelap! Mana kamera aku?

Tiba-tiba, kedengaran satu bunyi ciuman yang agak kuat, dan diselangi dengan bunyi sekeping penampar, yang agak kuat juga. Akhirnya, keretapi itu keluar dari terowong itu dan lampu kembali menyala seperti biasa. Tetapi, semua perasan ada seorang makhluk sudah kelihatan berbeza berbanding sebelum ketiadaan lampu tadi.

Pipi Najib kelihatan kesan 'apom balik', kesan daripada tamparan orang yang tak diketahui. Dalam hati kecil Najib, dia berkata, "Cilakak Muhyiddin, ko yang nak menggatal ngan Juhi Chawla, tak pasal pasal aku pulak kena sekeping fidyah ngan orang tua ni."

Shahrizat pula berkata dalam hatinya, "Padan muka Najib, tak sedar dah ada bini, naik tocang pulak! Padan muka kena sekali ngan Muhyiddin punya bahagian." Muhyiddin pula bermonolog sendirian, "Najib......Najib. Kalau ye pun, takkan ngan perempuan tua ni ko nak menggatal. Memang patut ko kena sekeping ngan die."

Hishamuddin pula tersenyum sendirian. "Hmm, kalu masuk terowong sekali lagi, biar aku buat bunyi cium kuat-kuat, lepas tu aku tampar Najib lagi sekali. Hahaha, padan muka ko! Pandai mengata aku auwww kat belakang aku ye ?!"

(Diadaptasi berdasarkan situasi politik semasa, enjoy!)
:)

INGATAN BAGI YANG BUAT BUAT LUPA



Sudah 8 hari sejak hari Tok Guru menarik balik kenyataan beliau yang meminta Ustaz Nasharudin menyertai Umno jika masih mahu dengan KERAjaan perpaduan.

Dan sudah 8 hari kita masih belum mendengar sebarang permohonan maaf daripada dua entiti di dalam kepimpinan Pas ini atas perbuatan mereka berjumpa dengan Pak Lah di dalam GELAP tanpa pengetahuan ahli Pas di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur sejurus selepas PRU12 yang lalu.

Terang-terang ini kesalahan anda berdua.

Jangan ingat kami lupa! Kami bukan tidur!

Awas, anda masih kami perhatikan!

Ada Sebuah Masa'elah

Tuan Aziz: Saya dipilih sebulat suara...

Calon BN dalam pilihanraya kecil Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat berkata, beliau dipilih secara sebulat suara untuk bertanding di kerusi tersebut.

malaysiakini
---------------------------------------------------------------------------------------------

Aku tak de la nak pertikaikan kelayakan dia sebagai calon BN uuMno untuk PRK Manek Urai 14 Julai nanti. Gasaklah korang, cah keting ko, begapo ko, kawe dok cagho.

Tapi, betul orang kata, apakah motif Wak Sembab pilih dia untuk dijadikan calon. Apakah kelebihan dia berbanding ahli-ahli Umno yang lain? Sampai taukeh getah pun melopong tak dapat jadi calon kali ni?

Ingat balik dialog P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang:

"Kekuatan Laksamana Hang Tuah bukanlah terletak di keris atau tenaganya, tapi terletak di atas huruf Ta,"
"Cuba huruf Ta ditukar dengan huruf Ba, Datok kenal pada nama Hang Buah?"
"Tak kenal."

Mungkin kot pasal tu Wak Sembab pilih Tuan Aziz Tuan Mat jadi Calon BN. Agaknya...

"Kekuatan Tuan Aziz Tuan Mat bukanlah terletak di songkok atau di duitnya, tapi terletak di atas huruf T,"
"Cuba korang try tukar huruf T dengan B, korang pernah dengar nama Buan Aziz Buan Mat?"
"Tak pernah, Tan Sri."

*Kenapa nama dia ni sipi-sipi dengan nama Tok Guru Nik Aziz? Nak amik barokah ke ataupun nak bagi penduduk Manek Urai keliru? Kesian BN, dah habis strategi agaknya.

Balik-balik, Kita yang kena!

Majlis Raja-raja perlukan pandangan Majlis Agama Islam

KUALA LUMPUR 29 Jun - Majlis Raja-Raja hari ini memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).

utusan merayu
---------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, Duli-Duli Tuanku memberikan pukulan KO kepada Bini Rosmah semalam.

Idea untuk meminda undang-undang keluarga Islam ini adalah sangat berbahaya, kerana belum pasti anak-anak adalah Islam jika ibu atau ayah sudah Islam. Fitrahnya, semua insan dilahirkan Islam sehinggalah dia mencapai akil baligh, sehingga dia dapat membuat keputusan yang matang untuk diri sendiri.

Pindaan yang sangat diraikan oleh puak-puak NGO bukan Islam dan juga yang bertopengkan Islam akhirnya telah diberikan 'pil tidur' semalam. Sembah kasih ke bawah Duli Tuanku Raja- Raja.

Daulat Tuanku!

*Maka, kata kata orang bahawa raja yang hanya akan tinggal di Malaysia adalah RAJA PAKAU masih lagi belum dapat dibuktikan lagi. Ada lagi raja yang boleh 'pakai'.

Ibarat Che Det membaiki Labu

TIMSS - Trends in Mathematics Achievement - 1995 Through 2007. Chapter 1 : International Student Achievement in Mathematics p 46 - 48.

Negara Score (2007) Perbezaan Score dari tahun 2003 - 2007
Chinese Taipei 598 (+13)
Korea 597 (+8)
Singapore 593 (-13)
Hong Kong SAR 572 (-14)
Japan 570 (0)
Hungary 517 (-12)
England 513 (+15)
Russian Fed 512 (+4)
USA 508 (+4)
Lithuania 506 (+4)
Czech Rep 504 (2003 score not available)
Slovenia 501 (+9)
Armenia 499 (+21)
Australia 496 (-8)
Sweden 491 (-8)
Scotland 487 (-10)
Serbia 486 (+9)
Italy 480 (-4)
Malaysia 474 (-34)
Norway 469 (+8)
Cyprus 465 (+6)
Bulgaria 464 (-13)
Israel 463 (-32)
Romania 461 (-14)

2003 adalah tahun dimana PPSMI diimplementasikan hasil idea Che Det A/L Kutty.
2007 adalah tahun ke-5 selepas PPSMI dibuat.

Kalau diperhatikan, Malaysia adalah negara yang paling teruk mencatatkan penurunan dalam pencapaian matematik. MALU SUNGGUH! MANA NAK LETAK MUKA?!

Ini semua kerja orang celaka, sekali lagi pinjam kata Tok Guru Hadi Awang.

Cuba sebut,
Jepun maju, Adakah Jepun menggunakan PPSMI?
Korea Selatan maju, Adakah Korea Selatan menggunakan PPSMI?
Germany maju, Adakah Germany menggunakan PPSMI?
Perancis maju, Adakah Perancis menggunakan PPSMI?
Jawapannya, pasti TIDAK!

Kita dah membazirkan 7 tahun generasi kanak-kanak kita. Ini semua kerana kerja si Che Det ni.

Tahniah, generasi kemudian akan melaknat anda atas usaha 'mulia' anda, Tun.

Geng Syaitan dan Puak Taghut Mesti Frust Bila Tengok Gambar Ni

Gambar daripada perisik-rakyat.com





Cair......cair......tak tahan tengok

Tak bisa berbicara mulut ini apabila melihat gambar kemesraan antara dua Tok Guruku. Hanya air mata yang dapat menggambarkan gembiranya hati ini.

"Ah, Tidak! Kenapa mereka masih rapat dan ceria bersama?! Tak mungkin!"

KEPADA PUAK PUAK SYAITAN DAN TAGHUT YANG CUBA MEMECAH BELAHKAN MEREKA BERDUA,
MAAF, ANDA GAGAL KALI INI.
CUBA LAGI DI LAIN MASA.


*5 gambar terakhir diambil dari pengguna
MR_GREEN di tranungkite.net. Izinkan saya hebahkan berita gembira ini. Moga Allah ganjarkan pahala ke atas anda.

Anwar Dianugerahkan 'Datuk' Untuk Kedua Kalinya

Congrats sister!

KL: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar selamat melahirkan anak kedua beliau semalam. Ini adalah cucu kedua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Bayi lelaki seberat 3.15 kg selamat dilahirkan pada 7.51 petang semalam.

klpos.com

-------------------------------------------------------------------------------------------

Tahniah kepada Nurul Izzah, kerana dikurniakan seorang lagi cahaya mata semalam. Diharapkan kelahiran anak yang kedua ini membawa kegembiraan kepada keluarga DSAI keseluruhannya.

Tahniah kepada DSAI kerana mendapat gelaran 'Datuk' sekali lagi.

*Hebat Nurul Izzah, dalam busy-busy nak berkhidmat untuk rakyat Lembah Pantai, sempat lagi deliver seorang lagi anak semalam. Ini baru namanya 'Adil', kan?

Cuba fikir sikit?

PRK Permatang Pauh - Detik permulaan bla bla bla....

PRK Kuala Terengganu - Titik mula untuk bla bla bla........

PRK Bukit Gantang & Bukit Selambau - Permulaan kebangkitan menolak bla bla bla...................

PRK Manek Urai - Titik permulaan untuk membenam bla bla bla...............

Weh, habih semua PRK permulaan?! Bila pulak nak bergerak ke hadapan ni?
Dah setahun lebih masih nak mula lagi ke?

Cari la ayat lain.

Wak Sembab melawak lagi.....hahaha!

Pemimpin parti yang lebih Islamik daripada Pas - Yidin

Muhyiddin berkata seluruh pimpinan parti yakin Tuan Aziz dan jentera pilihan raya yang diketuai Mustapa, dapat menebus kekalahan BN di kerusi itu pada pilihan raya Umum 8 Mac tahun lalu.

“Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi.

mstar.com.my

-------------------------------------------------------------------------------------

Yidin............................Yidin, apa ko mengarut ni Nak?

Pedulilah dia nak jadi penjual ikan ke, penangkap ikan ke, peraih ikan ke, penyiang ikan ke, penggoreng ikan ke. Lantaklah, itu hidup dia.

Apa, ko sakit jantung ke kalau dia ni menjual ikan? Ataupun ko jealous dia jadi penjual ikan yang berjaya?

Tak payahlah nak pertikai atau persoal orang lain punya kerja. Ada pengalaman, tak guna kalau tak praktikkan pengalaman tu. Berkelulusan tinggi, tak da faedah sikit habuk pun kalau bagi kenyataan kasta bawah macam ko ni.

Yang penting dia bukan jual perempuan. Period.

*Teringat satu pepatah Jepun, "tak ada orang kata kau bisu kalau kau tak buka mulut." Sudah sudahlah Yidin, bawak bawaklah mengucap. Makin hari makin merepek apa yang ko cakap.

Mangsa hilang berjaya ditemui!

Relek.....relek......ana tak da pa pa....ok je

Akhirnya, setelah menghilangkan diri selama beberapa waktu, hari ini Ustaz Nasa muncul di Parlimen untuk menghadiri sidang Parlimen bersama-sama beberapa kerat ahli Parlimen PR yang lain.

Wajah Ustaz dikesan dalam siaran berita 1.30 TV (madu) 3, ketika sedang memberikan soalan lisan kepada Mustapha Mohamad.

Ustaz dilaporkan 'missing in action' kerana tidak muncul pada majlis pengisytiharan calon Pas/PR Manek Urai pada Jumaat lepas.

Oleh demikian, semua operasi yang dilancarkan untuk mencari Ustaz Nasa ditamatkan serta merta kerana Ustaz Nasa telah memunculkan dirinya tadi. Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama kepada usaha ini.

Sheikh Muhyiddin Berfatwa Lagi

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata PAS tidak mengenepikan agama Islam hanya disebabkan ia mempunyai fahaman politik yang berlainan.

Menurutnya, UMNO lebih lama berjuang dalam menegakkan syiar Islam berbanding dengan parti pembangkang itu dan perkara itu sendiri diperakui oleh umat Islam di negara ini.

"UMNO adalah jauh lebih Islam daripada PAS dan salah satu daripada perjuangan parti kita adalah untuk menegakkan syiar Islam di negara ini. Perkara ini tercatat dalam perjuangan UMNO," katanya.

mstar Online

---------------------------------------------------------------------------------------------

Keluar lagi fatwa dari mulut AsSheikh Muhyiddin Al-Johori hari ni. Setelah dulu mengatakan undi Umno pun masuk syurga jugak, sekarang dia mendakwa Parti Umno lebih Islamik, diberkati, dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Tak mau kata banyak. Biarlah gambar yang berbicara.

Kalau macam ni sukatan Islamiknya Umno dan pemimpin-pemimpinnya berdasarkan pandangan Muhyiddin, makanya Alhamdulillah, kita boleh menutup mata dengan tenang pada hujung umur kita untuk menghadap tuhan Rabul Jalil nanti, kerana parti yang kita sokong sangat Islamik!

*Kalu hang kata Umno parti yang bawa kemodenan di Malaysia, boleh tahan bicara lagi. Ni nak ngaku Umno lebih Islamik daripada Pas, dua kali mati hidup balik pun aku tak boleh terima.

Mari Belajar Mengira Bersama Umno

Malam tadi TV kata 10000 orang Umno hadir untuk majlis pengisytiharan Calon BN di Manek Urai untuk PRK 14 Julai ni. Jadi untuk mengetahui berapa jumlah sebenarnya yang menghadiri majlis ini, mari kita menganalisa melalui gambar yang diambil daripada blog pinkturtle2.wordpress.com


Untuk gambar pertama, selain badan Muhyiddin dan Mustapa, setelah dikira, adalah lebih kurang 50 orang berada di dalam gambar, ini temasuklah, ahli Umno yang sedang bersalam dengan Muhyiddin, yang sedang berdiri, 3 bodyguard berbaju hitam dan seorang jurukamera.

Dalam gambar kedua pula, jumlah orang yang menghadiri majlis itu adalah lebih kurang 70 orang tambah seorang gedebe berbaju putih yang menjaga anak buahnya dan juga 2 orang mok cik yang baru sampai ke majlis ini.

VIP yang hadir pula adalah: Wak Sembab, Tok Pa, Kak Charizard, dan Kak Rosnah.
Sekarang mari kita mengira.

Satu kepala VIP berharga 500 orang. Jadi 4 orang VIP memberikan nilai 2000 orang.

Hadirin biasa pula berjumlah 120 orang. Setelah dikira penjumlahannya:

VIP 4 X (500) = 2000
Orang Biasa 120 X (50 ) = 6000
Jumlah VIP + OB = 8000

Angka di dalam kurungan adalah pemberat yang biasa digunakan oleh Umno untuk mengira kehadiran orang ramai ke majlis mereka. Makin sedikit yang datang, makin besar nilai pemberat.

Untuk pengiraan nilai tambah, ia dikira berdasarkan kemungkinan ada lagi hadirin yang tidak kelihatan di dalam gambar yang di'candid'. Daripada sumber dalaman, nilainya adalah 1/3 daripada jumlah orang ramai yang hadir. Jumlah nilai tambah untuk kehadiran kali ini adalah 2000 orang.

Maka ditambah dengan 8000 tadi. Grand totalnya adalah 10000.

Tepat sekali seperti apa yang dikhabarkan skrin tv malam tadi. Kiraan ini boleh dipraktikkan jika ada lagi keramaian Umno di mana-mana tempat.

Kita berjumpa lagi dalam majlis Umno dan BN yang lain akan datang. Jumpa lagi!

Gossip malam terang


Zambry : I ada hadiah sikit nak bagi kat ustaz.
Harussani : Ish, jangan, jangan! Press tengah tangkap gambar ni. Kang masuk dalam sok kabar payah kita!
Zambry : Ustaz angkat la tangan ustaz sikit, jabuh ustaz kan labuh. I rasa cover punya.
Harussani mengangkat tangannya,
Harussani : Ok tak camni? Tak boleh lah nak angkat tinggi sangat, koyak jubah nanti.
Zambry : Cantek, cantek! Nalla! Ni ha ustaz, ok tak?
Harussani : Uuuh, syukran!

Kedua-duanya tersenyum sendiri.

Cerita budak-budak nakal...

Harussana adalah seorang budak kecil. Sejak kecil dia adalah seorang yang suka menyendiri. Hanya tinggal di rumah besar milik ayahnya dan jarang keluar dari rumah.

Setelah sekian lama hidup berseorangan, Harussana terasa kesunyian yang amat sangat. Asyik bercakap kepada bibik-bibiknya di rumah, menonton astro menggunakan televisyen LCD, bermain xbox, teringin juga mahu keluar ke dunia luar, bergaul dengan kanak-kanak yang sebaya dengan dirinya.

Suatu hari, dia meminta keizinan bapanya untuk keluar bermain di luar rumah. Ayahnya tidak ada halangan, cuma mengingatkan jangan terpengaruh dengan budak-budak jahat.

Malangnya, dia lalu di padang sekolah Bi End. Kanak-kanak di sini mempunyai rekod-rekod disiplin yang kurang baik. Budak di sana ada yang bermain gusti, main tikam, dan ada juga bermain baling batu sembunyi tangan.

Harussana cuba untuk menyertai kumpulan mereka. Namun, tiada seorang yang mengendahkannya. Setelah puas merayu-rayu, ketua budak di sekolah Bi En, Zembiri bertanya Harussana.

"Ko nak join group kami ye?"
"Tolonglah, kita boleh buat ape je korang mintak," balas Harussana. Membahasakan dirinya 'kita'.
"Kalau camtu, ko gi hujung sana, kat sana padang sekolah Pi Ar, ko ejek-ejek diorang sampai diorang menangis, lepas tu kita boleh main sama-sama. Kalau ada pa pa, lari gi sini balik, ok?"
"Ok, kita buat!"

Harussana terus berlari ke padang Pi Ar. Disana kanak-kanaknya bermain seperti apa yang biasanya dimain kanak-kanak ; main aci kejar duduk, polis sentry dan main pondok-pondok. Untuk menunaikan janjinya tadi, dia terus memekik-mekik mengejek budak Pi Ar, sejurus dia sampai di situ.

"Wek, wek, budak Pi Ar pondan!"
"Wek, wek, budak Pi Ar pengecut!"
"Wek, wek, budak sini macam bod**!"

Pada mulanya, kata-kata si Harussana ini tidak diendahkan oleh kanak-kanak disitu. Tapi, oleh kerana diejek tak berhenti-henti, akhirnya kanak-kanak di situ bergabung dan datang mengelilingi Harussana beramai-ramai. "Ko tak puas hati apasal?!" Jerit mereka.

Harussana dikejar oleh mereka sehingga sampai ke padang Bi En. Dia cuba meminta pertolongan bebudak di situ. Terus Zembiri dan kumpulannya berlari ke arahnya dan menjawab, "Weh, korang tak payahlah kejar dia. Dia sorang, korang ramai. Lantak la dia." Pada mulanya, kanak-kanak Pi Ar sudah mahu beredar dari situ.

Tetapi, dalam masa berlindung di belakang budak Bi En, Harussana masih mengejek dan menjelir lidah kepada budak Pi Ar.

Harussana telah lupa pada pesan ayahnya. Dia sudah tersalah pilih kawan.

I busyla Nik Aziz....next time la

Cabaran Debat Nik Aziz Terhadap Najib Tidak Perlu

KUALA KRAI, 28 Jun (Bernama) -- Cabaran Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu PAS dan Umno tidak perlu diadakan selagi pemimpin PAS masih berdolak dalih dalam pelbagai perkara terutama dalam soal kerajaan perpaduan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk menyahut cabaran Menteri Besar Kelantan itu kerana ia tidak memberikan apa-apa keuntungan dan faedah kepada Umno dan rakyat.
----------------------------------------------------------------------------------------------

Dah agak dah. Bini Rosmah ni mana ada t****.
T****nya sudah disimpan Rosmah Boom Boom elok-elok di Putrajaya.

Tok Guru Nik Aziz,
Tak perlu buang masa nak ajak Bini Rosmah berdebat.
Dia mesti takkan mau berdebat depan-depan punya.
Ini pun kirim Ku Nan Al-Gambly nak bagitau tak nak join.
Punya penakut.

Turun saljilah Malaysia kalau betul-betul dia ada berani mau challenge Tok Guru.
Nak lawan berdebat dengan Rosmah dalam bilik pun belum tentu menang lagi.

*Lain kali, Tok Guru jemput Rosmah Boom Boom datang berhujah. Dia ni kan pandai meng'ayat'. Saya jangkakan debat yang hebat akan berlaku. Mesti 'bergoyang-goyang' pentas dibuatnya!

Ada orang hilang di sini?!

Gambar diambil dari perisik-rakyat.com

Dimanakah Ustaz Nasa?

Sedang ke tandas semasa gambar diambil?

Mungkin sedang layan mee rebus dekat kedai-kedai kat tepi padang ceramah?

Bersalam dengan orang ramai di padang?

Ataupun kereta beliau rosak dalam perjalanan ke lokasi ceramah?

Dimana dia?

Parti Melayu Tapi Khianat Melayu

Najib to introduce merit-based scholarships, hints at dropping racial quota

KUALA LUMPUR, June 27 — Datuk Seri Najib Razak said tonight the government would introduce purely merit-based public scholarships by next year, and also indicated his administration’s intent to completely do away with race-based quotas in more sectors.
The prime minister’s remarks at a dinner organised by the Chinese community appear to be designed to win back the support of non-Malay voters for Barisan Nasional (BN).......further reading

Baca sebijik lagi.

Umno will fight to the last for Malays: Muhyiddin

(The Star) - Umno will fight to the last drop of blood to protect Malay rights, the status of the Malay Rulers, Bahasa Melayu and Islam as these matters are enshrined in the Constitution.....further reading

Gila apa dua makhluk ni? Cakap lain-lain.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Aku tak de heran sangat tentang ketuanan Melayu ni. Bagi aku, bangsa selama-lamanya takkan dapat disatukan di dunia ini. Satu lagi, kerana warna kulit dan bahasa berlainan, kita punya hak untuk menindas dan mengancam bangsa lain? Mengatakan bangsa lain pendatang? Tolonglah.

Come on, Malaysia ni bukan ayah, mak, tok, nenek kita punya. Bumi ini milik tuhan. Siapa pun tak berhak claim seolah-olah dia yang cipta bumi ni.

Yang peliknya, kenapa Umno, parti yang berteraskan Melayu ni, mengkhianati dasar dan prinsip parti sendiri. Apakah yang diperjuangkan Umno kalau bangsa sendiri pun Umno tak bela lagi?(Baca berita atas).

Cuba korang kira apa pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu.

Menghapuskan biasiswa kepada pelajar Bumiputra yang melanjutkan pelajaran di IPTA.

Menghapuskan kuota biasiswa kepada pelajar Bumiputra untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Menggunakan B.Inggeris dalam Sains dan Matematik menggantikan B.Melayu. Ini kerja orang celaka, pinjam kata Tok Guru Hadi Awang.

Menyekat bantuan ke Kelantan bertahun-tahun. Kelantan kan negeri 'Malay Belt'?

Mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu yang merupakan payung Agama Islam dan orang Melayu.

Malu sungguh kalau Umno terus menggunakan nama 'UMNO' tu lagi. Tukarlah nama lain. Najib, Muhyiddin, anda berdua sedang menipu diri anda dan ahli parti anda sendiri. Selamat mengkhianati entiti yang anda pertahankan kononnya, Melayu.

*amik dua keris tu, tikam perut sendiri. Jangan marah orang lain, korang yang start lelong Melayu dulu.

Hati nurani ahli Pas

Dalam beberapa hari yang lepas, saya pergi membuat tinjauan, berjumpa dengan geng-geng Pas yang biasa saya ketemu mereka di warung, masjid, perhimpunan ataupun mana mana ceramah. Saja nak tau apa pendapat mereka tentang beberapa kes panas yang terjadi baru baru ini.

Mereka orang-orang yang lebih tua daripada saya. Kebanyakannya sudah mula berjuang dalam Pas sebelum Anwar dipecat lagi. Lebih kental semangat mereka daripada kita yang baru menyertai Pas sekarang. Mereka bergerak tanpa ada bantuan dan sumbangan daripada orang ramai. Jadi, mereka ini lebih boleh diharapkan untuk membuat analisis tentang keadaan Pas sekarang. Banyak pengalamanlah katakan.

Antara yang saya dapat korek daripada pejuang-pejuang veteran ini adalah,

Soal Ustaz Nasharudin Mat Isa,

Apa yang masih diingati saya, seorang pak cik melahirkan rasa bimbang tentang masa depan Pas. Dia terus terang mengatakan yang dia tidak berpuas hati dengan Ustaz Nasa. Ketika dahulu, Pas terkenal dengan 'segitiga' kepimpinan Pas iaitu Ustaz Fadhil, Tok Guru Hadi Awang dan Tok Guru Nik Aziz. Tiga pemimpin ini seiring bergerak dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Seorang Pak Cik lagi tidak merasakan adanya Ustaz Nasa dalam kepimpinan Pas. Saya faham, dia seorang tua, tidak mahir dalam menggunakan internet. Jadi mungkin dia tidak mengetahui berita mutakhir di dalam Pas. Tapi, dia kata, Ustaz Nasa sudah memegang jawatan TP Pas selama 2 penggal. Sepatutnya kehadiran dan sentuhan Ustaz Nasa sudah boleh dilihat. Hal muqabalah dalam gelap tambah menimbulkan persoalan terhadap kepimpinannya.

Soal kerajaan perpaduan,

Rata-rata semua tidak bersetuju Pas dan PR untuk bekerjasama dengan BN. Sentimen kebencian terhadap BN khususnya Umno amat tinggi. Saya cuba songket dengan pertanyaan "Pak Cik, tapi inikan idea Tok Guru?"

Terus seorang pak cik ni jawab, "Baik aku masuk Umno dari dulu kalau betul-betul nak buat, kurang-kurang gi mesyuarat dapat duit." Pak cik lain tambah, "Apa ni? Penat aku berjuang bertahun-tahun, tau tau diorang nak kerjasama lak. "

Yang paling best komen ni, "Rela aku Pas kalah seribu tahun lagi daripada gi berbaik ngan Umno!"

Banyak lagi yang saya catat daripada perbualan dengan ahli-ahli Pas sekitar kawasan saya. Semuanya panas-panas. Biarlah saya simpan dulu. Tapi renung-renungkan kata seorang pak cik saya, orang veteran Pas di Kajang:

"Hati aku tinggal setengah jer lagi kat Pas, pasal Pas ni parti Islam. Kalau nak pikir orang atas, dah tak heran aku. Buat keputusan syok sendiri jer."

*Kalau nak marah marahlah, yang penting suara diorang saya dah luahkan. Tapi, kalau Pas kalah PRU13 nanti, memang saya tak heran.
Assalamualaikum.

Saya baru sahaja menukar template blog saya ini.
Apa pendapat anda semua tentang template yang terbaru ini?

Ada Gaya Tak?


Adakah anda mengalami masalah tenaga batin?

Sila hubungi Haji Najib di talian 012-XXXXXXX.

Anak arwah Tabib Haji Abdul Razak sedia membantu anda.

Sila rujuk iklan kami di sisipan Harian Metro, Berita Hairan dan Utusan Merayu untuk tempat temujanji yang berdekatan.

'Kepuasan Anda Keutamaan Kami'

:)

*
Korang ingat lagi tak iklan ni dalam surat khabar? Pasal ada org kata aku tuduh Bini Rosmah jadi Tukang urut. Dia Pi Em kita la!

Oghang kite nak jadi EM BI le

Deme pandang teman ke?

TERUSKAN TOK MUFTI!

SIKIT
JE LAGI ANDA AKAN MENGGANTIKAN ZAMBRY SEBAGAI MB.
TERUSKAN MENJILAT UMNO DAN KUNCU KUNCUNYA!
JANGAN PEDULIKAN PAS KATA APA!
YANG PENTING TOK JADI MB KITE.

I BELIEVE IN YOU! MAKE ME PROUD!

*
Ikhlas dari anak Peghok.

Please PAS, i need u darling.....


Pemuda UMNO ajak muzakarah

KUALA LUMPUR 26 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO sekali lagi menyatakan komitmen untuk terus mengadakan muzakarah dengan Dewan Pemuda Pas demi kepentingan negara dan ummah.

Ketua Penerangannya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, bagi tujuan itu pihaknya bersedia memulakan langkah tersebut pada bila-bila masa......seterusnya

--------------------------------------------------------------------------------------

Perghh.......Gila muzakarah si puak puak Umno ni.

Yang aku pelik ni, siapa si Datuk Reezal Merican Naina Merican ni nak sembang bagi pihak melayu? Nama pun semacam jer?

Gambar skiT!

Macam geng tebar roti canai kat kedai mamak jer. Perasan diri tu Melayu, aduhai!

Kalau nak sangat join muzakarah Melayu ni, pergi buat plastic surgery dulu biar nampak putih sikit. Baru ada gaya Melayu.

Kalau tak, elok sangat ko gi join KIMMA, mereka memang perlukan orang berkaliber macam ko, Reezal.

AWAS!


Spesis Melayu terakhir baru ditemui di dalam hutan belukar Lembah Belum Perak, berbadan besar, berkulit hitam, suka mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada para ahli zoologi, sangat ganas, dan boleh mencederakan sesiapa sahaja.

Ahli zoologi telah menyenaraikan spesis Melayu berkulit hitam ini sebagai "facing extinction" ataupun dalam bahasa Melayunya, tidak dapat dielakkan untuk pupus di muka bumi Perak ini.

Ahli zoologi telah menamakan spesis Melayu ini sebagai, 'parpues karies mamakies' ataupun yang sering disebut-sebut orang, parpu kari al-mamaki.

Ia baru sahaja dikesan di sekitar Ipoh baru baru ini. Oleh kerana ia adalah spesis yang dilindungi, jadi sesiapa pun dihalang untuk menangkap, menyimpan atau mencederakannya. Diminta terus sahaja hubungi jabatan perhilitan di talian 9999-8888 sekiranya ia kelihatan di persekitaran kediaman anda.

Anak raja bertitah..!

Nik Aziz should not confuse the people says Ku Li

KUALA KRAI, June 26 – PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat should not make statements that can confuse the people especially when he likened the Umno cause to the teachings of Ayah Pin, communistic and describing the party as propagating the socialist ideology that rejects religion and belief in God.......further reading

----------------------------------------------------------------------------------------

Putera raja dah marah! Setelah lama beradu di dalam Istana 'white house'nya di Gua Musang, hari ni dia bangun dan terus bantai Tok Guru Nik Aziz.

Bakpo Ayoh Zit, demo ada problem ko?

Dikatakannya Tok Guru Nik Aziz telah berlebih-lebih mengutuk Umno, kerana menyamakan parti yang dicintainya sama seperti kerajaang 'Ayoh Ping' di Terengganu. Sakit hatinya apabila Umno digambarkan sebagai parti yang membawa idea sosialis yang menolak adanya tuhan dan agama.

Marah betul Ku Li dengan TGNA kali ni. Dia kata Umno pun perjuangkan Islam. Ini kali kedua aku dengar hadith ni keluar, sebelum ni As-Sheikh Karim Muhyiddin Yasin Al-Johori yang mengeluarkan matan ni. Tak taula hadith ni Maqtu' ke Mursal.

Aku musykil la, pasal:

Apa cer ngan Pak Lah letak jambangan bunga kat tugu negara masa hari Pahlawan?

Kenapa berani gila Che Det menentang Hukum Hudud yang mau dilaksanakan di Kelantan?

Ingat tak kerajaan beriya-iya nak membuang nama Islam daripada Pas?

Macam mana ada Pusat Judi yang terbesar di Asia Tenggara? Kat mana lagi, Genting laa..

Mulut siapa yang kata Nabi tak cukur janggut baginda pasal masa tu tak ada gilette?(Punya rendah iq sampai leh sebut kenyataan bodow cam ni.)

Inipun Ku Li masih buleh ngaku Umno nak perjuangkan Islam?

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz menyamakan Umno dengan Ayoh Ping aku setuju sangat.

Kerajaan Umno Terengganu buat Taman Tamadun Islam yang tak ada faedah...membazir berjuta-juta ringgit.

Kerajaan Ayoh Ping buat Teko Besar di markas besar dia di Hulu Besut. Dan macam macam replika lagi yang mengarut-ngarut lagi.

Sama la tu. Dua dua tak berfaedah.

Kepada Ku li, kalau anda terbaca artikel ini, cuba tunggingkan kepala anda ke bawah dan kaki ke atas, kemudian cuba diam, adakah anda masih merasakan Umno memperjuangkan Islam?

Kalau jawapan anda 'ya' dan tidak berganjak, mungkin otak anda bermasalah. Atau kemungkinan 'Pontianak Gua Musang' sudah merasuki anda!

*Jangan biarkan diri anda diselubungi.......misteriiii..............

Perhatian semua! Atteeennnntion!

Sempena ulang tahun kematian Henry Gurney yang ke-58 ini, saya rasa banyak benda yang boleh dilakukan supaya peristiwa yang penting ini tidak dilupakan.

Respek, jangan tak respek!

Antaranya yang relevan ialah:

1. Pembinaan Tugu/Patung/Boneka Henry Gurney di kawasan beliau mati ditembak.

2. Mengabadikan namanya di salah satu tempat di Malaysia ex. Kuala Kubu Bharu mungkin boleh jadi Kuala Henry Gurney.

3. Mengadakan Hari Memperingati Henry Gurney setiap tahun. Berarak beramai-ramai dari Dataran Merdeka sampai Stadium Negara, lepas tu buat la Qasidah ke, nasyid ke.....

4. Cuti Umum pada hari Henry Gurney dibunuh setiap tahun.7 Oktober 1951

5. Mengadakan pertandingan; siapa yang boleh menyerupai susuk tubuh, suara, dan pemakaian Henry Gurney. Hadiah pertama, berjumpa dengan sanak saudara Gurney yang masih hidup.

6. Menganugerahkan 'Tun' kepada mendiang atas jasanya mempertahankan negara. Tun Henry Gurney, baru ada ummphh sikit.

7. Membina Institut Pemikiran Henry Gurney. Mungkin Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Dahlan boleh menjadi Pengerusi Institut ini. (Dia ni yang syok sangat hari tu)

8. Membina Muzium Henry Gurney di Kuala Kubu Bharu. Letakkan semua barang dia kat situ; baju, seluar, underwear, berus gigi, curut, semualah......biar terubat rindu kita semua.

9. Mengadakan upacara kerohanian oleh semua kepercayaan supaya rohnya tenang di alam sana. (ekstrem sangat kot!?)

10. Mengadakan upacara mencambuk diri sendiri (macam hari asyura) kerana gagal menyelamatkan nyawa Henry Gurney, moga dosa kita semua diampunkan. (huhuhu)

Ini semua cadangan yang bernas yang boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Jangan biarkan memori Henry Gurney reput dan luput begitu sahaja. Tanpa Henry Gurney, siapalah kita...hahaha

:p

Sebelum terlewat, nak kabarkan sikit...

Kini tinggal satu hari menuju ke hari yang sangat penting dalam Islam.......hari Jumaat.

Hari yang mana orang Islam lelaki, akan beramai-ramai ke masjid untuk menunaikan solat jumaat, dan sebelum itu mendengar khutbah Jumaat yang sarat dengan pesanan yang berguna untuk dipraktikkan oleh umat Islam seluruhnya. Oklah, saya berpuas hati setelah PR menang di Selangor, khutbahnya boleh tahan relevan dengan isu semasa.

Saya bukanlah mahu bercerita tentang kewajiban, kepentingan dan hikmah yang boleh diperolehi oleh kita semua jika datang menghadiri solat Jumaat ini, benda-benda ini dah selalu dibincangkan oleh ustaz-ustaz di ceramah, speaker radio dan skrin televisyen. Perkara sunat yang digalakkan hari Jumaat juga ramai yang sudah tahu. Dosa akibat tidak menunaikan Solat Jumaat, dah selalu keluar dalam TV(Madu)3.

Kadang-kadang Madu 3 ni ok jugak

Saya nak bercerita tentang Imam.

Baru baru ini, saya bersolat Jumaat di sebuah masjid di dalam kawasan Kajang (tempat tak yah sebut la). Benar kata Dr. Hassan Ali, sejak 1 Jun, seluruh organisasi masjid di selangor telah dirombak dan digantikan dengan ahli jawatankuasam imam dan bilal yang baru, termasuklah masjid tempat saya bersolat ini. Ini untuk menghidupkan kembali ruh masjid yang telah lama di'tidur'kan Umno sejak bertahun-tahun dulu.

Selesai Solat Tahiyyah Al-Masjid, saya duduk mendengarkan khutbah tok imam ingin sampaikan. Apa yang membuatkan saya terang mata dan langsung tak mengantuk adalah, tok Imam ini punya masalah mahu membaca petikan ayat-ayat suci Al-Quran. Khutbah Bahasa Melayunya lulus, time nak masuk baca ayat, jadi tersangkut-sangkut. Oleh kerana saya tahu ayat apa yang mahu dibaca tok Imam, hati ini menjadi tak keruan mahu ayat dihabiskan dengan sempurna.

"....Idz......Idz....Idz...." Come on tok Imam! You can do it! Sikit lagi.......Sikit jer lagi nak habis!
Akhirnya tok imam berjaya. Alhamdulillah.

Ingatkan semua sudah settle down. Tiba-tiba masa baca doa setelah duduk antara dua khutbah pun problem lagi. Especially masa bahagian doa untuk Sultan Selangor. Tak dinafikan, doa part ini memang mencabar, penuh dengan tongue twister(hahaha). Tok imam tersekat-sekat nak menghabiskan part ini. Semua mata jemaah dah tertumpu pada mulut tok imam. Berketul-ketul perut ni, kita lak yang sakit perut nakkan doa ni habis. Aduh, awat boleh jadi lagu ni?

Sakit perut seh, tak da tipu punya!

Tolonglah, buatlah homework dulu di rumah. Saya rasa doa di dalam khutbah Jumaat tidak ada bezanya antara setiap minggu. Lancarkanlah di rumah dulu; berlatih depan cermin, semak dengan isteri tercinta dan juga menulis kembali doa itu harfan bi harfin. Anda sebagai tok imam, tugas anda adalah menyampaikan khutbah(salah satunya), jadi penuhi amanah ini dengan berkhutbah dengan fasih dan lancar.

Ingat, ini sajalah hari yang dimana seluruh Muslim lelaki datang berkumpul di masjid, kita anggap semualah. Masa inilah kita nak sampaikan apa yang rasa perlu disampaikan. Masa inilah kalau nak enjet budak remaja untuk menggalakkan mereka datang ke masjid. Tapi kalau dok "....Idz......Idz....Idz....", nak enjet apa?

Kita dah bazirkan satu hari yang amat berharga. Harap semua yang ber'title' tok imam, bertahsinlah anda supaya apa yang anda khutbahkan betul-betul sampai ke telinga jemaah.

*Renung-renungkan dan selamat beramal!

:)

OOPS! Bini Rosmah Do it Again!

Najib tries unity gambit, again
KUALA LUMPUR, June 24 – Datuk Seri Najib Razak appeared to play the religious and race card today when he appealed to PAS to reconsider the proposal for a unity government with Umno....further reading

---------------------------------------------------------------------------------------

Kesian UMNO,

Serupa macam pengemis, terpaksa merempat tepi PR dan merayu diberikan bantuan, hanya Pas la tempat untuk bergantung harap pasal yang lain memang dah tak layan. Pas nampak macam nak tolong je.

Baru baru ni, Pas datang nak bagi duit derma, tapi teragak-agak, nak bagi tak bagi nak bagi. Last last tak bagi, blah dari tempat tu macam tu jer.

Umno dah meliur, dah pasang angan-angan, "Canteek, boleh aku makan besar sikit malam ni, takat takat maggi goreng(Manek Urai)lepas kot."
Tau tau melepas.

Mengamuk sakan la Umno, bangun dengan bangganya, walaupun kusut masai, dengan suaranya yang lemah mengatakan, "Weh, aku ada duit lagi la! Ni ha, tengok! Aku tak kebuloq la ngan duit ko, Pas!"

Tapi apa yang ada hanyalah, cebisan tisu dan surat khabar yang ada dalam poketnya, dan tak diketahui sama ada pengemis ni gelak atau menangis.

Tiba-tiba sedar balik, perut dah lapar, berhari hari tak makan, "Issshh, nak tak nak, aku kena sujud gak ngan Pas ni." Terpaksala menjerit memanggil nama Pas, walaupun Pas dah gi join balik geng PR.

Berguling-guling lapar, tanpa duit sedekah daripada Pas, pasti Umno akan kehilangan tenaga dan mati kering tak lama lagi(PRU 13).
Umno terus menangis.

Kesian dier.

RIP---Umno

Allahyarham

Adakah Allah betul betul tuhan kita?

(Nota: Jangan tembak tak tentu pasal, baca dulu)

Dalam dunia ni ada macam-macam fahaman, ada macam-macam agama. Ada yang percaya feng shui, ajaran tao, buku vastu(veda), ajaran confucius, dan juga keliwon malion malion. Ada yang menganut agama; Agama Islam, Majusi, Nasrani, Yahudi, Hindu, Animisme, Jainisme, dan Buddha.

Ada yang tak percaya apa langsung. Ada yang percaya tuhan ini tak ada, semuanya terjadi secara 'natural' dan semulajadi. Ini karut, setiap benda ada penciptanya. Kereta dipasang di kilang, rumah dibina oleh buruh Indonesia, kain dihasilkan oleh penenun, dan macam macam lagi. Takkan dunia yang seluas mata memandang ni tak ada pencipta, fikirlah idea lain nak buat berdebat.

Apa cer bumi ni tercipta sendiri?

Kita mendakwa diri kita menganut Agama Islam, patuh kepada ajaran yang telah diturunkan Allah kepada nabinya, Muhammad S.A.W. Maka berbanggalah kita menepuk dada ke hulu ke hilir, ke segenap kampung dan bandar, "Akulah Melayu Islam tulen!". Perasan best.

Berhenti! Jangan bangga tak tentu pasal. Apakah kita benar-benar komited dengan agama kita ini? Sudahkah kita menerima pengiktirafan dari 'Guiness Book of Record' yang mengatakan kita adalah pengikut Islam yang sejati setelah diuji dalam air panas, berdiri atas paku tajam, dibakar hidup-hidup ataupun disumbat dalam kandang harimau? Tak da sehabuk. Macam mana kita mengakui sedemikian?

Sedar tak, berapa banyak masa kita luangkan untuk Agama Islam? Berapa banyak tumpah darah kita untuk mempertahankan Islam yang kita anuti? Berapa hengget atau berapa kupang kita kesampingkan untuk Islam? Banyak lagi persoalan yang boleh di'letup'kan untuk mengetahui tulen tak tulen Islam kita. Aku tau aku bukan tulen sangat. Ngaku je la. Tapi, ini semua mendedahkan kita kepada kemunculan tuhan baru yang kita komited sangat kepadanya tiap-tiap hari. Apa dia?

Duit.
Duit, Fulus, Nuqud, money, Qian, uang dan macam macam lagi terjemahan dalam bahasa lain. Bergelumang kita dengan ringgit, rupiah, dolar, riyal, dinar, euro, penny, franc, dan segala mak nenek jenis mata wang.

Marah?

Hari hari kita mengejar benda Allah ni. Kerja macam nak mati, 8 jam sehari, 5-6 hari seminggu untuk nak dapat gaji hujung bulan nanti. Ada yang siap tak cuti hari ahad buat overtime kat tempat kerja, dapat double gaji. Ada yang lagi daring, sanggup buat dua kerja; pagi pergi office, malam jual daging ayam kat pasar malam. Ahli-ahli korporat, kapal terbang sudah jadi rumah kedua mereka, sibuk nak kejar projek dan MOU. Ustaz pun......ade gak......ceramah masjid sana, masjid sini, pasal nak dapat 'side income'.(Ustaz Ismail Kamus kata, bukan ustaz sini, ustaz kat london la...)

Masih tak mengakui lagi?

Berapa lama sangat kita peruntukkan masa dan diri kita untuk Allah? Solat 5 kali sehari tak miss. Sekalung tahniah. Nak tanya sikit, berapa minit sangat kita solat untuk satu waktu? Paling 'alim pun 20-30 minit. Alim kucing sekejap je. Yang naik LRT, tak yah sembang la, seminit setengah sampai dah 'destinasi'. Itupun kalau sah. Kalau terlupa rukun, terkentut, dan macam-macam lagi 'ter' , tolak lagi. Cuba campur-campur jumlah waktu solat tu, banding dengan jam kita kerja sehari.....amacam?

Terus bertahan?

Dapat duit gaji apa kita buat? Beli kasut kulit, beg traveller yang tahan lasak, baju kot nak bawak gi meeting, cermin mata hitam untuk pandu kereta, pewangi badan, sabun susu kambing, kereta besar. Simpan duit untuk masa depan, masuk melabur dalam saham itu ini, masuk skim kawan punya, masuk insurans; takut mati mengejut. Semuanya duniawi yang berkaitan dengan fulus.

Sebaliknya, cuba kita fikir,

Apakah kita rajin berzakat dan sedekah sunat untuk orang yang kurang upaya? Menyumbang duit untuk perjuangan Al-Quds? Memberikan bantuan kewangan kepada masjid yang mahu dibina? Adakah kita menyumbang untuk pembangunan Islam sekeliling kita, jauh lebih banyak daripada membelanjakan untuk kesenangan hidup kita?

Tak ramai yang dapat buat. Aku pun tak.
Yang ramai,
"Tahun ini duit aku RM 70000, target tahun depan aku mesti jadikan RM100000!"

Tak perlu mendakwa diri kita sebagai Muslim tulen. Terlalu jauh lagi taraf kita untuk sampai ke maqam sedemikian. Untuk kebanyakan kita, Duit sudah menjadi Tuhan baru dalam hidup kita. Tahniah.

Masha Allah, ana kayalah!

*Ditujukan khas untuk sesiapa perasan dirinya pelindung 'Melayu Islam' yang sejati di muka bumi Malaysia ini. Nampak cam best kat depan, tapi kat belakang macam taik kucing.
Semoga kita tak termasuk dalam golongan ini. Amin.

Penyegar mata untuk pagi ini....

Mari kita renung-renungkan gambar-gambar di bawah, sekejap jer, tak lama pun.













Maka, apakah alasan kita untuk tidak bersembahyang? Kerana masalah tempat yang tak selesa? Ataupun sememangnya kita malas untuk bersembahyang? Na'uzubillah Min Dzalik.
Marilah kita bersolat. Kerana solat itu tiang agama. Solat juga pertama perkara pertama yang ditanya di dalam kubur nanti. Solatlah yang membezakan diri kita, orang Muslim dengan orang kafir.

Sekali lagi, untuk kita semua, termasuk diri saya sendiri, marilah kita bersolat.


(Jika bercadang mahu menggantikan solat-solat kita yang telah tertinggal dahulu, satu caranya adalah dengan sentiasa bersolat qadha' selepas satu solat wajib yang kita tunaikan. Contoh, solat qadha Asar selepas mendirikan solat Asar. Jadi, jika telah mempraktikkan kaedah ini selama 10 tahun, ini bermakna kita telah mengganti solat selama 10 tahun. Mungkin lebih mudah, khasnya untuk diri saya)

Allahua'lam.
:)