Malam tadi (kira dah semalam dah kot), pergi tengok ceramah anjuran PAS kawasan Serdang dekat Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor. Dah lama tak dengar ceramah rasa gian lak. Ajak la abang sekali jadi peneman, dia pun set aje. Penceramah nya memang yang heavywieght2 belaka, Shamsul Iskandar, Dr Shafie, Muhd Sabu dan Anwar Ibrahim. Memang dah lama tak dengar puak puak ni berceramah; Shamsul Iskandar tahun lepas kat sini gak, Dr Shafie aku biasa dah jumpa, Anwar last time dengar dia bagi pidato seingat aku kat Kuang sebelum PRU12. Muhd Sabu jer la baru jer dengar dia ceramah, dalam 2 bulan lepas. So after aku setel solat Isya', aku gerak ngan abang aku gi ke sana.
Agak lewat skit sampai sana, ada hal kat bank muamalat sat, so sampai kat stadium lebih kurang pukul 9.40, tapi parking sudah full house, terpaksa la masuk dalam skit sampai ke restoran restoran kat seksyen 15 baru dapat parking. So after dah setel parking, dengan segeranya aku ke tempat yang dituju.
Tapi apa apa pun, kena cari ration dulu, buat bekal dengar ceramah, Anwar Ibrahim, Mat Sabu bolehla tak beli apa, diorang makan free lepas ceramah nanti.
Sampai sampai tengok padang stadium tu dah penuh dengan manusia manusia yang sangat dahagakan suara alternatif dari pakatan rakyat. Kesian rakyat Malaysia, nama je demokrasi, tapi tv ngan radio semua satu pihak jer. Tapi serius memang ramai, sebelum ni punya pengalaman tak lah seramai ni.
Ni gambar amik masa baru sampai kat padang, masih belum full lagi, so still aku boleh cari port masyuk ngan abang aku untuk nak tengok ceramah. (Nota : Sori la gmbar tak besh, aku bukannya jurugambar professional )
Masa aku duduk kat padang tuh, Dr Shafie masih in the middle of his ceramah. Ceramah Dr cerita pasal nak jadikan Bangi ni Bandar Ilmu, tapi aku tak tau la capability PR nak menjadikan target ni kenyataan pasal budget bukan banyak sangat pun, kata dah jatuh kat pembangkang. Dr Shafei juga nak jadikan Bangi ni sebagai kubu kuat, pasak, base untuk Pas dan pakatan rakyat untuk negeri Selangor. Ini boleh, pasal nak pusing balik majority dun bangi agak impossible; hampir hampir 7000 sheikh!
Seterusnya ceramah disusuli pula oleh ketua AMK keadilan, Shamsul Iskandar. Dia ni cakap agak berapi gak la. Cerita pasal kes Anwar yang akan dibicarakan 1 Julai ni. Pasal Si saiful tuh, timbul musykil kenapa si Najib bagi biasiswa kat dia pasal dia ni dapat CGPA 1.8, pelik tak?! Last sekali yang buat aku tergelak, dia kata "Yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk datangnya dari Rosmah dan Najib", huhu, pandai lak dia reka ayat ni.
Anwar sampai kat stage dalam pukul 10.20 tepat.
Tiba giliran Mat Sabu, aku memang tunggu dia ni bagi ucapan. First - first dia bagi pantun dulu, memang pantun klasik:
Apa diharap padi seberang,
Entahkan masak entahkan tidak,
Apa diharap kasihnya orang,
Entahkan sayang entahkan tidak.
Kemudiannya bercerita tentang kisah Palestin, lepas tu baru masuk pasal hal politik malaysia. Betul gak Mat Sabu kata, kalau kita mintak a cup of coffee kat hotel, 8 ringgit paling kurang kena bayar, tapi kalau order kopi tarik kat warung, baru seringgit. Cuma tukar huruf p ngan f dah naik harga.
Zaman sekarang umNgok tengah kelemasan, baru la nak cari 'sohabat'. Seminggu dua ni nampak macam umNgok ni baik sangat. Utusan macam dah jadi Harakah. Asyik cerita pasal pas aje. Ni semua pasal mereka dah nak hilang kuasa, tongkat yang topang umNgok; MCA, MIC dan PPP, dah nak reput. PPP presiden suda ada dua, ini minggu Kayveas, nanti itu minggu depan Murugiah pulak. Macam ada satu prof tu kata, umNgok masa ni, gigit mee pun tak putus.
Anwar berucap jam 1050. Tak der la sangat benda baru. Cuma dia terus nyatakan komitmen untuk bersama dengan parti parti PR. Tapi macam biasala, aura dia masih ada. Aku rasa orang datang beribu-ribu malam tadi pun pasal nak dengar dia ceramah.
Dapat gak aku candid gambar Anwar Ibrahim secara dekat, ni ha,
Pada pandangan aku, jumlah orang yang datang malam tadi can easily surpass 5000-6000. Memang ramai. Itu tandanya orang tak termakan dengan TV3 dan Utusan. Apasal la kerajaan tak paham paham lagi. Still in denial state.
Ceramah habis pukul 11.40pm. Tapi ramai orang punya pasal, kereta abang aku tak leh nak kuar sampai pukul 12.3o. Terpaksalah duduk bodoh jer menunggu jalan dah clear. Tak pa lah, asalkan aku dah dengar ceramah tadi.
Tapi, sikap orang buang sampah merata rata ni memang dah jadi asam garam, malam tadi tak terkecuali. So skuad amal kena la kerja kuat sikit.
Daripada gambar ni, korang kira kira, berapa orang agaknya datang malam tadi? Sapa boleh kira dapat hadiah misteri!
PN BERGOLAK?
4 days ago
0 comments:
Post a Comment