Che Det buat undian......ayuh mengundi!

PPSMI: Dr Mahathir minta undian pembaca blog

kemaskini 4.08pm Bagi menguji sikap terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan undian isu tersebut di blognya mulai hari ini.

"Saya tidak terperanjat mendengar kekecewaan dan malah kemarahan terhadap kerajaan berhubung keputusan (memansuhkan) pengajaran Matematik dan Sains," katanya petang ini.

"Nampaknya, kerajaan tidak mendengar suara rakyat."

Menulis di blog peribadinya, mantan perdana menteri berkata "mungkin undian di blognya boleh mencelikkan mata kerajaan bagaimana pendapat orang ramai" berhubung keputusan semalam.

Dasar kontroversi PPSMI dimansuhkan sepenuhnya mulai 2012 seperti diumumkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas jemaah menteri menyokong pembatalan dasar yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir pada 2003.

Susulan keputusan terbaru kerajaan, di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu, manakala sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Soalan yang ditanya di undian Che Det berbunyi "Apakah anda menyokong keputusan kerajaan untuk mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia?".

Pembaca yang menyokong pemansuhan PPSMI harus menjawab "ya", dan mereka yang ingin mengekalkan dasar tersebut "tidak".

Setakat jam 4.08 petang, 1,880 undi atau 72 peratus menolak pemansuhan PPSMI, manakala 520 undi menyokong pengumuman kerajaan semalam.

"Saya akan cuba memaklumkan kepada kerajaan tentang pendapat anda," kata Dr Mahathir lagi.

Semalam, beliau menafikan bersetuju dan menerima pemansuhan dasarnya itu, sekali gus bertentangan dengan kenyataan Muhyiddin sewaktu mengumumkan perkara berkenaan.

"Kerajaan sudah buat keputusan. Saya cuma diberi taklimat, saya cuba beri cadangan, minta kalau tak boleh dibuat semasa sekolah rendah, sekurang-kurangnya di sekolah menengah, tapi mereka tolak dan tak terima.

"Jadi itu bukan consultation (perundingan), tapi cuma taklimat," Dr Mahathir dipetik berkata.

Tokoh utama di belakang PPSMI itu juga dilaporkan berkata beliau "sedih kerana anak-anak akan jadi mangsa" dasar mengajar bahasa ibunda bagi Matematik dan Sains.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Apa cer Che Det sorang ni? Hang tak sedaq ka orang Melayu menentang pelaksanaan PPSMI ni. Hang buat tu pasal hang tu mamak, darah kuturunan Keling, itu pasal hang tak ada rasa cinta pada bahasa Melayu.

Yang nak pi buat undian dalam blog awatnya? Tak puas hati lagi ke? Jangan la jadi naif @ bodow, orang yang masuk laman web hang tu semua kaki jilat hang belaka. Kalau 100% yang menyokong PPSMI pun dalam undian tu aku tak heran. Hakim mahkamah pun Che Det boleh pecat dan tukaq, takkan undian dalam blog ni dia tak boleh buat?

Tak munasabah nak mempertingkatkan penguasaan BI dengan mengajar BI dalam sains matematik. Dalam dua subjek ni, kita belajar nombor, bukan belajar tatabahasa. Orang politik mencampuri hal pendidikan, inilah jadinya. Ibarat Che Det membaiki labu, habis-habis Che Det makan terus labu tu.

Ini memang kerja orang celaka! (Pinjam lagi kata Tok Guru Hadi Awang)

*Jepun, Korea Selatan, Germany, France, Taiwan dll guna PPSMI ke jadi maju?

0 comments:

Post a Comment