Manek Urai : Vincent Lee seru masyarakat Cina sokong Pas
Pengerusi Kelab Penyokong Pas Pusat (Kaum Cina), Vincent Lee menyifatkan perjuangan Pas yang berlandaskan Islam merupakan wadah terbaik merealisasikan pentadbiran jujur, ikhlas dan adil untuk seluruh umat termasuk bukan Islam.
Oleh demikian, katanya orang Islam sendiri wajar berjuang seiringan dengan Pas bagi memastikan rakyat negara ini memdapat layanan dan pembelaan yang sepatutnya tanpa membeza-bezakan kaum.
"Perjuangan Pas berlandaskan tuntutan Islam jelas terbukti mendatangkan kebaikan kepada semua kaum, sebab itulah Pas beroleh sokongan luar biasa pada Pilihan Raya Umum lalu.
"Saya merayu kepada orang Melayu (Islam), jika bukan Islam sudah menaruh keyakinan sedemikian rupa terhadap perjuangan Pas, kenapa anda (orang Melayu) sendiri tidak ikut dan menyokong sebuah parti yang menjadikan ajaran Islam sebagai landas perjuangannya?
"Oleh itu, saya harap pengundi-pengundi di Manik Urai sedar bahawa inilah masa untuk mereka memberi sokongan kepada Pas yang selama ini tidak pernah berhenti memperjuangan keadilan untuk rakyat dan memartabatkan Islam sebagai panduan hidup ke arah kemuliaan dan perpaduan semua kaum," katanya kepada MEDIA BYPASS ketika ditemui di Manik Urai semalam.
Vincent Lee yang juga Pembantu Khas kepada YB Dr Lo'Lo (Ahli Parlimen Titiwangsa)berkata, pelbagai isu membabitkan pemimpin BN telah membangkitkan rasa muak rakyat, mereka merungut kerana hak rakyat tidak dibela sepenuhnya kerana sikap sesetengah pemimpin lebih mengutamakan kepentingan diri.
"Kita ada undi di tangan, kitalah yang berhak tentukan siapa pemimpin yang akan mewakili dan membela nasib kita kerana rakyatlah yang membayar gaji mereka. Jadi, jangan terpengaruh dengan umpan gula-gula BN kerana mereka datang hanya pada masa pilihan raya sahaja.
"Pengundi Manik Urai sudah kenal dengan permainan BN yang hantar bermacam peruntukan semasa pilihan raya, kita kena tetapkan hati untuk tidak tertipu, pastikan undi hanya untuk memperkukuhkan kerajaan Kelantan yang membangun bersama Islam," katanya. -kedahlanie
------------------------------------------------------------------------------------------------
Nasib baik Vincent Lee.
Ingatkan Vincent Tan.
*Kalau dah orang bukan Islam pun sokong Tok Guru dan Pas, kenapa la orang Melayu dok ketegaq lagi nak sokong geng taghut ni? Sudah sudahlah guna dacing tu, orang sekarang guna timbang elektronik.
Dacing dengan keris akan berkarat, tapi bulan akan kekal sampai hari kiamat.
PN BERGOLAK?
4 days ago
0 comments:
Post a Comment