Gambor MB Nizar kite di Kajang yob!

Huh, baru saja balik daripada ceramah MB peghok kite, Ir Nizar dekat Stadium Kajang. Memang panas, memang meletup, memang berapi-api. Ir Nizar pun tengok dari cara penyampaian ceramah dia memang dah improve berbanding dulu masa dia baru menjawat MB Perak. Pandai buat lawak dan pandai menaikkan semangat para pendengar. Tak nampak sedikit keletihan pun daripada riak wajahnya. Teman bangge ade MB peghok seghupe die.

Enjoy da pic!

YB Tian Chua tengah tengok sms handphone YB Sivarasa


Dari kiri: YB Tian Chua, Arutchelvan(PSM) dan YB Sivarasa

Dan yang ini, rasanya tak perlu la teman perkenalkan lagi ye.....


"Ada orang-orang Kajang pernah bermesyuarat bawah pokok?"


YB Sivarasa sedang menyampaikan ceramah beliau

Gambar YB Sivarasa di skrin layar

Ini aku candid gambar hadirin yang datang. Korang tafsir sendiri la berapa yang datang ok? Tapi aku rasa tak seramai masa Mat Sabu dengan Anwar Ibrahim ceramah kat Bangi 2 minggu lepas. But, still not bad.



Akhirnya, kepada pemimpin di atas, jangan lupakan pada penyokong di bawah. Mereka memberikan sepenuh harapan dan sokongan pada anda. Apa yang mereka mahu hanya satu keadilan untuk rakyat Malaysia, tak lebih tak kurang.

Macam pak cik ni, siap bawak satu keluarga lagi. Kesian anak-anak dia tertidur nak tunggu ceramah habis. Tapi pasal perjuangan, semua tak jadi masalah. Pemimpin PR dan Pas khususnya, sudah-sudahlah buat benda yang bukan-bukan. Jangan hampakan rakyat, macam pak cik dalam gambar ni. Hentikan polemik dan kukuhkan PR.

0 comments:

Post a Comment