Manek Urai : Tok Guru bagi 'rehat' esok!

Ambo bui cuti doh, demo nok bgapo lagi?

Nik Aziz istihar esok cuti!

KOTA BHARU, 13 Julai (Hrkh) - Semua kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta yang bertugas di negeri ini mendapat 'cuti am' esok (14 Julai 2009) yang diambil atas 'Cuti Peristiwa'.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan perkara itu di pejabatnya kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.

"Setelah menghalusi dan mempertimbangkan keadaan hari pembuangan undi pilihan raya kecil Manek Urai yang barangkali dilihat sedikit tidak cermat, yang jatuhnya pada hari bekerja dan boleh menimbulkan banyak kesulitan, maka bersifat simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga terlibat, saya bercadang untuk mengistiharkan 14 Julai sebagai cuti am bagi seluruh negeri Kelantan,"ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, dalam semangat pro demokrasi kerajaan negeri mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian.

harakahdaily

------------------------------------------------------------------------------------------------

Tok Guru dah bagi cuti. So, apa lagi pengundi Manek Urai? Mari pakat kelik ghama-ghama gi ngundi!

Apa lagi yang ditunggu? Inilah masanya untuk mengajar BN Umno bahawa maruah pengundi Manek Urai dan Anak Klate bukanlah terletak pada sebuah jambatan.

*Thanks my Tok Guru, anda memang mengambil langkah bijak.

0 comments:

Post a Comment