Ooooopps.......Ustaz habaq apa na? Cek tak beghapa dengaq..?(edit)

MB Kedah serah kepada DAP Pusat

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyerahkan kepada DAP Pusat untuk menentukan tindakan DAP negeri ini keluar daripada Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau bersedia menerima keputusan itu jika DAP negeri ini mengatasi keputusan DAP Pusat.

Beliau berkata, DAP Kedah tidak sepatutnya memutar belitkan isu perobohan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, di sini dan mengaburi mata rakyat hanya untuk menutup kelemahan mereka sendiri.

"Saya tidak pernah mengarahkan premis itu dirobohkan, tetapi mereka yang minta tangguh selama sebulan. Saya layan dan bagi kerjasama. Saya minta mereka cari tempat baru dulu tapi mereka bohong selepas sebulan tidak ada apa-apa sekarang mereka kata hendak keluar...keluarlah kalau DAP Kedah mengatasi DAP Pusat.

"Saya serahkan Pas Pusat dan pimpinan Pakatan Rakyat Pusat untuk menentukan isu ini. Apa yang saya kesal mereka ini main politik apa...perbuatan ini seolah-olah mahu mengembalikan kerajaan Kedah kepada Barisan Nasional (BN).

"Dulu masa kita bincang mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno mereka kacau sekarang kita sepakat dalam Pakatan Rakyat pun mereka kacau," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su, yang mengesahkan DAP Kedah keluar daripada Pakatan Rakyat di negeri ini berikutan rasa tidak puas hati terhadap cara kerajaan Pas menangani isu rakyat, khususnya bukan Melayu.

Su berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat tergempar yang dianggotai pemimpin DAP negeri ini di pejabat parti itu di sini, petang tadi.

Katanya, keputusan itu dibuat berikutan rasa tidak puas hati DAP terhadap tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) meroboh rumah penyembelihan babi di Kampung Berjaya, di sini, petang tadi.

Katanya, tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan itu tidak melambangkan dasar kerajaan Pakatan Rakyat yang memperjuangkan hak semua kaum di negeri ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Ya..............suspek H1N1 pertama dikesan di Kedah.

Perlu dikuarantin di Hospital Alor Setar secepat mungkin.

Bye-bye tahalluf siyasi.......

*Saya tak bantah roboh tempat babi tu. Memang patut diroboh pun pasal dah 30 tahun dok ada kat situ secara haram. Tapi kata-kata ustaz betul-betul disyaki. Harap-harap itu orang lain yang bertopengkan muka Ustaz Azizan yang buat statement.

0 comments:

Post a Comment