Hari ni isu babi hangat dibincangkan dimana-mana blog dan laman web. Utusan dengan Berita Hairan tak payah ceritalah, ini masa tambah kicap, bawang, cili dalam masakan. Rezeki terpijak la katakan. Apapun, ada yang pro dan ada yang tidak bersetuju dengan tindakan itu. Biarlah, masing-masing punya hujah sendiri.
Yang aku pelik, kenapa Harakahdaily seperti tiada apa pun yang terjadi? Adakah wartawan harakah masih tidur? Hari ini punya headline(ketika artikel ni ditulis), "Merdekakan ekonomi negara!" Aiseyman, korang ada kat dunia mana sekarang ni?
Ini akhbar parti. Segala perkara yang berlaku di Malaysia yang melibatkan Pas, sama ada buruk atau baik perlu dilaporkan. Dalam kes Ustaz Azizan ini, dia seorang PJ Pas Negeri, takkan tak cukup lagi jawatan dia untuk aku highlight kan supaya hal Ustaz dimasukkan di dalam laman web harakahdaily, jadi semua ahli pas tahu tentang apa yang sebenarnya terjadi?
Ini tidak, benda lain pulak yang jadi bahan berita. Apa, pengurusan harakahdaily takut untuk dikatok oleh geng PR yang lain? Ahli Pas sebaliknya mendapat maklumat dari sumber yang bukan rasmi. Maka tafsiran akan menjadi pelbagai, aneka rasa dan ikut suka. Jangan salahkan ahli bawahan kalau keadaan sudah kecoh nanti, korang yang tak follow up hal ni.
Lembab dalam melaporkan satu hal lagi; orang dah tau majoriti Bukit Gantang & Bukit Selambau, dia baru terhegeh-hegeh nak lapor majoriti 10 minit lepas. Apa punya tuuur! Blog persendirian lagi hebat dalam melaporkan keputusan PRK daripada Harakahdaily. Ataupun siaran korang tertunda setengah jam?
Sesetengah isu suka ditutupkan, tanpa ada sebab. Contoh, PRU11 dulu, yang masih aku ingat, malam keputusan PRU, harakahdaily tak update langsung, hanya tulis "Pas menang di Permatang Pasir dengan majoriti 5++ undi" sampai lebih kurang 1 hari seterusnya. Kalau dah kalah besar tu kalahlah jugak. Takkan malu nak lapor kot?
Apa yang aku nampak, harakahdaily syok dengan dunia sendiri. Berubahlah. Kalau rasa ini je lah yang korang mampu buat, letaklah jawatan. Ramai lagi ahli Pas yang berkelayakan kat luar ni yang nak membantu.
0 comments:
Post a Comment