Tragedi yang penuh dengan kontroversi..

SU politik exco mati jatuh bangunan SPRM

kemaskini 7.43pm Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.


(foto: Teo, kanan, bersama Ean Yong berbual dengan pegawai siasatan di pejabat exco itu)

Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

malaysiakini

------------------------------------------------------------------------------------------------

MACC kena jawab benda ni dengan telus. Tanpa ada sebarang berselindung.

Jangan terjadi rusuhan pasal perkara ini sudahlah. Kita tak mahu sebarang kekacauan berlaku di Malaysia.

Yang peliknya, dari dulu, yang disiasat semuanya PR belaka, semua yang ditangkap dan nak didakwa PR belaka. Apa cerita dengan kes Adun Umno Selangor?

*Jangan ada pulak orang MACC melompat terjun esok.

0 comments:

Post a Comment