Manek Urai : Fakta penting penentu kemenangan Pas (UPDATED!)


Penyelaras Hal Ehwal Pengundi Luar PAS Kelantan, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, setakat jam 2 petang tadi seramai 1,300 daripada 1,700 pengundi luar yang dikenali sudah membuang undi.(Ini yang paling penting)

Harakahdaily

Ramai pengundi muda pulang mengundi

KUALA KRAI, 14 Julai (Hrkh) - Fenomena awal sudah memperlihatkan semangat penyokong PAS dan Pakatan Rakyat jauh mengatasi Umno ketika parti pemerintah itu di pusat itu terkial-kial menarik simpati rakyat di saat-saat akhir.

Sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Manek Urai pagi tadi ditemui banyak kenderaan yang mengibarkan bendera bulan purnama.

Sebaliknya hanya sebuah dua kereta sahaja yang ditemui sanggup memasang bendera dacing. Banyak kenderaan dilihat dipandu golongan muda, kemungkinan anak perantau Manek Urai yang pulang mengundi.

Harakahdaily

Pada jam 10 pagi tadi, peratus pemilih yang keluar mengundi sudah mencecah 38.3 peratus atau 4,706 pemilih.

Jumlah itu meningkatkan kepada 57.6 peratus atau 7,085 orang pada jam 11 pagi. Dan pada jam 12 tengahari, peratusan tersebut sudah mencecah 68.4 peratus atau 8,415 orang.

Pada jam 2 petang tadi, jumlah mereka yang keluar mengundi mencecah 80 peratus atau 9,845 orang.

Dan pada jam 3 petang, ia terus meningkatkan kepada 83.89 peratus atau 10,312 orang walaupun ada dua jam lagi untuk mengundi, sebelum pengundian tamat pada jam 5 petang.

malaysiakini

Sementara itu, petang tadi, sebuah badan pro-PAS mengeluarkan poll yang mereka buat semalam.

Dari 520 respondan yang mereka hubungi, 61.2 peratus dari mereka berkata akan mengundi PAS esok manakala 38.8 peratus berkata akan mengundi Umno.

.............................

Menurut seorang profesor sains politik dari sebuah pusat pengajian di Singapura yang turun ke Manek Urai mulai semalam, kebanyakan pengundi yang beliau temui berkata, “Saya akan undi Tok Guru.”

Ia merujuk kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am yang menjadi ikon kempen pilihan raya PAS kali ini.

PAS telah menjadikan Nik Aziz sebagai ikon kempennya dalam pilihan raya ini dengan slogan “Pimpinan Tok Guru Manek Urai Berkat.”

Ekoran ikon ini, antara kempen Umno adalah menyerang Nik Aziz secara peribadi atau kepimpinannya.

Menyerang Nik Aziz adalah antara kesilapan besar BN dalam pilihan raya kali ini. Ini kerana, rakyat Kelantan terlalu sayang dengan MB mereka ini.

TheMalaysianInsider

----------------------------------------------------------------------------------------------

Survey ground : 1000 majoriti dan ke atas. Bacaan reaksi pengundi di Manek Urai ketika melalui pondok panas menyebelahi Pas.
(Blogger bebas - 1300-1800majoriti)
(Ustaz Fatah Haron - Lebih kurang 2000 majoriti)
(Orang ramai - 1500++ majoriti)
Tunggu keputusan. Tapi adalah mustahil Pas kalah!

0 comments:

Post a Comment