Roket Mendarat Di Pemukaan Bulan Di Kedah

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - DAP Kedah hari ini menarik balik keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat selepas mendapat jaminan kerajaan negeri untuk menyelesaikan semua pertikaian yang dibangkitkan sebelum ini.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa DAP negeri itu yang berakhir tengah hari tadi.

"Kita menarik balik keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat yang kita buat sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pada 1 Julai lalu DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran PAS di negeri itu antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.

Bagaimanapun Thomas berkata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberi jaminan untuk menyelesaikan isu berkenaan secepat mungkin.

"Ada beberapa perkara yang kita bangkitkan sebelum ini telah diselesaikan dan ada yang akan diselesaikan kemudian.

"Sebagai contoh isu pusat penyembelihan babi, MB (Menteri Besar) telah memberikan kita tempat alternatif iaitu di sebuah kawasan di Gurun," katanya. - azm _

Harakahdaily

------------------------------------------------------------------------------------------------

Kan dah agak, pasti ada miscommunication di mana-mana.

Kalau tak, masalah ni takkan berlaku sejak awal lagi. Apa pun, tahniah pada Ustaz Azizan, Lim Kit Siang, DAP Kedah kerana mempunyai semangat kerjasama dan berjiwa besar untuk duduk semeja bersama untuk menguraikan perkara-perkara yang tersimpul.

Sedihlah Umno malam ni.

0 comments:

Post a Comment