Adakah saudara-saudara semua sudah membaca artikel yang baru ditulis oleh Tok Guru Ustaz Ahmad Awang? Di dalam artikelnya yang terbaru menceritakan tentang pertentangan Tok Guru dengan Tan Sri Harussani Zakaria, yang mana perbezaan pendapat mereka, antara yang paling nyata adalah tentang isu kerajaan campuran Pas-Umno yang hanya tinggal kenangan dan masih ditangisi oleh Tok Mufti kita sekarang.
Cuma, paling mengejutkan adalah apabila Tok Mufti sanggup berdusta mengatakan bahawa dia (tak guna beliau, pasal aku tak hormat dia) telah dihubungi oleh Tok Guru Hadi Awang(sila rujuk blog penarik beca) dan TGHA bersetuju untuk kerajaan pondok-pondok ni. Padahal, TGHA sebenarnya dihubungi dia dan TGHA tidak pernah bersetuju dengan cadangan ini. Berdasarkan apa yang saya tahu, TGHA bermain pass-pass dengan Tok Guru Nik Aziz untuk persetujuan kerajaan pondok-pondok ini, sebagai strategi melambatkan langkah Umno.
Kemudian, Tok Mufti terus menggadaikan maruahnya sebagai seorang bertaraf jawatan mufti dengan berbohong bahawa dia berjumpa dengan TG Ustaz Ahmad Awang setelah gagal memujuk dua tok guru. Sebaliknya, dia hanya menghubungi TG Ustaz Ahmad Awang untuk memujuk beliau bersetuju dengan kerajaan impian Tok Mufti. Sekali lagi, dia gagal dalam misinya.
Maka, jenis mufti apakah TSHZ ini? Banyak lagi pendedahan yang panaz dari TG Ustaz Ahmad Awang tentang TSHZ. Semuanya membuatkan kita tertanya-tanya, apakah motif Tok Mufti? Dah la cakap berbohong, mengampu tahap dewa pulak. Mengampu sampai naik asap...
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Cuba kita rewind filem 'Ibu Mertuaku', masa P.Ramlee dah tau dia kena tipu: (Sesuaikan dengan situasi sekarang---> Mak mertua Kassim Selamat = TSHZ)
"Oh, rupanya engkaulah pengirim telegram palsu itu!"
"Maafkan mak Kassim, mak dah tua Kassim, ala Kassim!"
"Kenapalah tuhan jadikan kau manusia, bukankah lebih kalau kau dijadikan haiwan?!"
"Ya Allah Kassim........!"
*Nak aku berhenti kutuk dia kau kau? Sign borang masuk Umno, habis cerita. Jangan guna posisi mufti untuk bercakap berbau politik. Come on tok peti! Tanggal baju mufti tu.
PN BERGOLAK?
4 days ago
0 comments:
Post a Comment