SPRM : Teoh pergi dalam keadaan 'tenang'

MACC: No conspiracy behind Teoh's death

(NST) KUALA LUMPUR: Teoh Beng Hock is "worth more to us alive than dead", according to the Malaysian Anti-Corruption Commission as he was a key witness in an ongoing case.

A senior MACC official said this was because the 30-year-old political aide to Selangor executive councillor Ean Yong Hian Wah had not been detained or arrested as he was a crucial witness in the probe which had just opened.

"He was considered a crucial witness and was assisting the MACC in sorting out files and documents which had been taken from his office."

He said it was absurd to allege a conspiracy behind Teoh's death.

"First and foremost. Teoh was a witness, not a suspect."

Teoh is believed to be a key witness in MACC's investigations into 12 Selangor Pakatan Rakyat assemblymen over alleged misuse of their allocations.

"As a witness, he could either produce important evidence or testify in court. Hence, he was worth more alive to the MACC than dead."

Teoh was among four called to the Selangor MACC office to assist in investigations.

The official dismissed allegations of the MACC putting Teoh under pressure because he had driven all the way to the Selangor MACC headquarters in Plaza Masalam in Shah Alam.

"Teoh was not arrested or picked up by MACC officers. He was treated as a witness, not a detainee and as such did not require any escorts nor was he handcuffed."

The official added that the circumstances would have been different if Teoh was a suspect as he would not have been left alone.

He said MACC officers would have accompanied him and that he would have been handcuffed.

On reasons for Teoh's death, the official declined to comment, saying investigations were best left to the police.

"The MACC will be cooperating fully with the police as they investigate Teoh's death. Everything will be transparent and above board."

Teoh's death on Thursday sparked an outcry with several quarters calling for a full-scale investigation, including the setting up of a royal commission of inquiry.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bodoh, memang bodoh. (Bodoh kat siapa? Pikirla sendiri)

Terbunuhnya Teoh Beng Hock, dengan sendiri menjadikannya 'mati syahid' dari sisi pandangan orang ramai.

Secara tak langsung juga, dia tidak akan 'mati'. Dia telah di'immortalize'kan oleh orang ramai; kisah misteri dan kematian Teoh akan menjadi buah mulut orang ramai untuk satu jangka masa yang panjang.

*Bunuh diri, terjatuh, atau pun dibunuh, semua saya tak lihat sangat. Yang pelik kenapa dia terbunuh di dalam kawasan bangunan MACC. Misteri. Only Allah knows.

Pesta 'Cahaya' bersama MB Nizor kite

Siapa abang yang pakai songkok tu? Nampak macam teragak-agak jer nak pegang lilin tu?

Daripada bakar tak tentu pasal, baik pergi sedekah lilin kat rumah yang memerlukannya.

Baik pasang lilin untuk bakar mercun ke, bunga api ke, lagi best.

*Tak payahlah benda pelik-pelik pun nak ikut jugak.

Chua Jui Meng sulah tukar parti ooo!


Chua Jui Meng umum sertai PKR

Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.

Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.

Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.

Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.

Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.

Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.

Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.

Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.

Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.

malaysiakini

------------------------------------------------------------------------------------------------
Lagi orang-orang mencari perlindungan bawah khemah PKR.

Memang PKR ni parti untuk pelarian politik Malaysia.


Tapi, lebih baik daripada bergelumang di dalam tong tahi BN.

Sesudah Perak, P.Pinang, dan Kedah, sekarang Selangor punya turn!

Kerajaan PR Selangor Bakal Tumbang 2 September 2009

Apa yang berlaku kepada Teoh merupakan salah satu tindakan SPRM yang tersilap langkah. SPRM begitu terdesak untuk melakukan kerja-kerja menumbangkan Selangor dibawah arahan Najib..yang mahu memastikan bahawa Selangor akan tumbang sebelum 2 September 2009.

Dulu semalam, serbuan ke pejabat exco kerajaan Selangor dilakukan oleh SPRM. Beberapa exco telah disoalsiasat, konon disyakki salahguna peruntukan.

Semalam, setiausaha politik seorang exco telah mati secara misteri yang disahkan sebagai mati mengejut. Malam tadi, beberapa tangkapan ke atas penyimpati mendiang dilakukan.

Semua ADUN PR, termasuk MB Selangor, akan disiasat dalam masa terdekat. Tiga minggu lepas, empat ADUN PR, khabarnya dipujuk supaya menyertai BN.

Ini adalah babak-babak permulaan Konspirasi Tertangguh untuk menjatuhkan kerajaan PR Selangor. Kita tunggu dan lihat babak-babak seterusnya.

kerabubersuara

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Ada ampat Adun PR yang dipujuk menyertai BN? Siapa dia? Cuba teka?

Tapi kejadian semalam telah sedikit membantutkan rencana dan agenda BN untuk menjatuhkan kerajaan PR Selangor.

Tunggu dan lihat.

Tragedi yang penuh dengan kontroversi..

SU politik exco mati jatuh bangunan SPRM

kemaskini 7.43pm Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.


(foto: Teo, kanan, bersama Ean Yong berbual dengan pegawai siasatan di pejabat exco itu)

Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

malaysiakini

------------------------------------------------------------------------------------------------

MACC kena jawab benda ni dengan telus. Tanpa ada sebarang berselindung.

Jangan terjadi rusuhan pasal perkara ini sudahlah. Kita tak mahu sebarang kekacauan berlaku di Malaysia.

Yang peliknya, dari dulu, yang disiasat semuanya PR belaka, semua yang ditangkap dan nak didakwa PR belaka. Apa cerita dengan kes Adun Umno Selangor?

*Jangan ada pulak orang MACC melompat terjun esok.

Rakyat Selangor angkat serban dengan Tan Sri Khalid!

Kajian: Rakyat puas hati prestasi MB, k'jaan S'gor



Kajian Satu kajian pendapat yang telah dijalankan oleh badan bebas - Merdeka Centre - mendapati sokongan tinggi rakyat Selangor terhadap pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kajian itu juga mendapati kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga telah mendapat penilaian tinggi dalam kajian tersebut.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar Selangor, kajian tersebut yang dijalankan dari 5 Jun hingga 15 Jun lalu, mendapati 60 peratus rakyat negeri itu merasakan kerajaan negeri berada dalam hala tuju yang betul.

Manakala 63 peratus puas hati dengan prestasi menteri besar dengan hanya 19 peratus tidak puas hati.

Seramai 64 peratus rakyat Selangor puas hati dengan prestasi kerajaan Pakatan Selangor selepas memenangi pilihanraya umum tahun lalu, manakala 22 peratus tidak puas hati.

Mengikut pecahan kumpulan etnik pula, kajian itu mendapati 59 peratus Malayu, 69 peratus Cina dan 69 peratus India puas hati.

Menurut kenyataan itu lagi, mengikut komen yang diperolehi, antara sebab mereka berpuas hati ialah kerana program kebajikan kerajaan, ketelusan dan pentadbiran yang cekap serta menolak amalan rasuah.

Dalam tempoh 100 hari pentadbiran, tambahnya, kerajaan negeri memperkenalkan agenda 'Merakyatkan Ekonomi Selangor', termasuklah beberapa program kebajikan seperti Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, 20 meter padu air percuma kepada rakyat, dana pendidikan anak pekerja ladang dan Hadiah Anak Masuk Iniversiti.

"Dalam urusan pentadbiran ekonomi negeri pula, 58 peratus berpuas hati di mana 13 peratus amat berkeyakinan manakala 45 peratus menyatakan yakin," katanya.

Menurut kenyataan tersebut, kerajaan negeri mendapatkan perkhidnmatan Merdeka Centre untuk menjalankan kajian berkenaan bagi menilai pandangan dan persepsi rakyat Selangor terhadap prestasi pentadbirannya.

"Kajian ini juga mengenal pasti beberapa bahagian yang perlu diperbaiki, termasuk sistem komunikasi, mewujudkan kesedaran tentang program yang telah dilancarkan, mengurangkan karenah birokrasi dan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat.

"Kerajaan Negeri amat beterimakasih di atas keyakinan yang diberikan oleh rakyat Selangor dan dan kepercayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kepimpinan negeri bagi meningkatkan lagi mutu pentadbiran yang berlandaskan agenda "Merakyatkan Ekonomi Selangor", katanya.

malaysiakini

------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, inilah yang kita mahu dengar. Rakyat berpuas hati dengan apa yang telah PR lakukan di negeri Selangor sejak memegang tampuk pemerintahan setahun lebih yang lalu.

Tak dinafikan, memang kebanyakan rakyat Selangor gembira dengan kerajaan yang ada sekarang. Prihatin dengan rakyat, masjid pun sudah agak bergemerlapan, tiada sekatan untuk berbicara dan meluahkan pendapat.

Hatta orang kampung saya yang berkarat biru pun suka dengan Tan Sri Khalid, pasal skim khairat tu. Kata mereka, "Kalau tahu macam ni, dah lama kita undi PR!"

Tan Sri Khalid ni memang tak berapa hebat public speaking, tapi dia kerja kuat. Otak jalan.

Syabas PR Selangor!

*Kerajaan PR yang lain macammana pulak?

Yidin @ Wak Sembab dapat gelaran terbaru!


BAPA JAMBATAN MALAYSIA!