Zulkifli Nordin cuba nak jadi hero


(The Star) - DAP should quit Pakatan Rakyat if the party is not willing to compromise, said Kulim Bandar Baru MP Zulkifli Noordin.

He said DAP should consider going on its own and prove that it still had the people’s support.

“I think the result would be obvious (that DAP would not gain support),” he said.

He said that DAP should realise that the support it had received was due to the people’s confidence in PKR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zulkifli said DAP chairman Karpal Singh’s challenge to PAS president Hadi Awang and his deputy Nasharudin Mat Isa to quit PAS and join Umno was inappropriate and should not have come from a Pakatan leader.

“I’m worried that all this will cause a rift in Pakatan and that the rakyat who support Pakatan will get sick and tired of all the politicking,” he wrote in his blog www.zul4kulim.blogspot.com yesterday.

Zulkifli also said that the Kedah DAP should have not threatened to quit Pakatan Rakyat as it had a big impact on the state assembly.

“Once the state DAP withdraws from the coalition, the lone DAP representative in the state assembly, Kota Darul Aman MP Lee Guan Aik, will no longer support the state government.

“All DAP members in the city councils will have to resign. The state village headman council members will also have to let go of their positions,” he said.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Lone ranger dalam PKR telah mula membuka suaranya. Berbekalkan kehebatannya sebagai seorang peguam, dia cuba memprovokasi DAP supaya keluar daripada PR.

Zulkifli Nordin lebih banyak membawa masalah daripada keuntungan kepada PR. Mungkin dia seorang peguam yang petah berkata-kata, tapi di dalam arena politik, dia adalah seorang yang gagal. Suka bertindak berseorangan, dan membawa imej buruk kepada PR.

Sebagai contoh, dia telah bertindak sebagai seorang yang tidak bertamadun ketika Forum IFC tidak lama dahulu. Menjerit-jerit seolah-olah dia seorang sahaja yang ada suara di dalam dewan forum itu. Mungkin dia punya niat yang baik untuk menunjukkan kecintaannya kepada agama Islam, tapi caranya memberikan imej yang buruk kepada orang Islam.

Saya pernah bertanyakan Azmin Ali tentang tindakan MP Kulim ini, Azmin menjawab dia tidak menghalangnya untuk menjadi seorang yang vokal mempertahankan Islam, tapi dia suka bertindak berseorangan dalam apa yang dia buat. Zulkifli tidak boleh berkelakuan begitu. Dia bergerak di bawah parti, dia bukan seorang yang bebas. Seorang yang berparti sepatutnya mempunyai disiplin mematuhi segala arahan parti. Dia tidak boleh bertindak hero bersendirian.

Kenyataan-kenyataannya juga tidak banyak membantu memperkuatkan PR. Dia lebih banyak mengkritik, seolah-olah dia seorang sahaja yang betul. Apakah dia tidak punya platform di dalam PR atau PKR untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya? Tidak mungkin, dia adalah seorang peguam Anwar Ibrahim dan agak rapat dengan Anwar.

Saya tidak berniat untuk menceritakan hal peribadi Zulkifli sepanjang dia menjadi MP Kulim Bandar Baharu. Tapi pendek katanya, Zulkifli lebih banyak menyusahkan daripada membantu. Saya pasti PRU akan datang, dia akan di'kalah'kan kerana sikapnya. Perlulah dia kembali ke pangkal jalan. Bergerak di bawah parti, bukannya sesedap hati dia sahaja. Ataupun mungkin lebih baik, Zulkifli kembali menjadi peguam membantu Anwar Ibrahim di dalam apa apa kes. Dia memang peguam yang handal.

*Maaf tidak posting banyak hari ni. Pening tambah demam.

0 comments:

Post a Comment