Wacana Ilmiah yang tak kena pada masanya


Ustaz Nasruddin Tantawi dah tersilap langkah. Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk berwacana dengan puak di sebelah sana. Banyak lagi perkara yang berfaedah yang boleh dibuat untuk memperkukuhkan PR. PR juga bukan dalam situasi yang bagus sekarang. Sepatutnya Ustaz Nasruddin boleh tumpukan perhatian dulu terhadap PAS dan PR.

Kenapakah ketika dijemput untuk berdialog bersama pemuda PR ketika tidak lama dahulu, Ustaz Nasruddin enggan? Bukankan ketika itu adalah waktu yang paling sesuai untuk Ustaz menyatakan kepada pemuda PR apakah matlamat sebenar penubuhan kerajaan perpaduan yang diidami oleh sesetengah golongan di dalam PAS?

Kenapakah tiba-tiba Ustaz, sebagai KP PAS secara tergesa-gesa mahu berwacana dengan Umno? Tajuk kepada wacana itu juga menimbulkan persoalan, "Adakah perjuangan Umno tidak bertentangan dengan Islam?" Adakah selama hidup Ustaz yang sudah lebih daripada 30 tahun ini(mungkin), Ustaz masih tidak jelas dengan perjuangan Umno yang sebenar? Ataupun Ustaz tidak tinggal di Malaysia sebelum ini? Ustaz sudah mempunyai scroll ijazah dari Universiti di Timur Tengah, masih lagi mempunyai masalah untuk mengetahui jawapan kepada soalan wacana yang akan diadakan?

Buang masa, memang buang waktu. Sudahlah tajuk tidak sesuai, masa juga menjadi masalah. Sudahlah ahli PAS masih berparut dengan isu kerajaan perpaduan dengan BN(Umno), kita pula akan menghadapi PRK Manek Urai dalam waktu yang terdekat. Ibarat mencurah petrol, ahli PAS sudah kembali mempersoalkan perkara lama yang sudah dikuburkan. Huh.

Belajarlah membuat strategi daripada orang yang lebih berpengalaman. Idea yang bagus, tak semestinya boleh dibuat pada bila bila masa. Janganlah bersikap tunjuk hebat dengan apa yang anda ada(maaf, mungkin kasar sikit). Seorang Ulama hadith yang hebat tak semestinya seorang Ulama Fiqh yang pakar, begitu juga seorang Ustaz yang handal dalam bab agama, tidak semestinya bijak dalam membuat strategi. Janganlah buat sesuatu yang boleh memakan diri sendiri, malahan satu parti. Tanyalah orang lain dahulu.

Ini tidak, orang lain sudah mempersoalkan kewibawaan anda sebagai KP. Kenapa? Tanyalah diri sendiri.

Berhentilah berbuat baik dengan Umno. Manek Urai tengah tunggu anda, Ustaz.

*Baru baru ini dah kena main dengan Umno lagi. Tu la pasal, yang pergi baik sangat dengan diorang apasal? Buat apa salahkan Umno, Umno memang terdesak. Ibarat lepaskan anjing tersepit, dah terlepas, kita pulak kena gigit, langsung kena penyakit anjing gila.

0 comments:

Post a Comment