Roket Sudah Tak Mau Naik Ke Bulan Lagi (edisi tambahan2)

DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat



DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

malaysiakini

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Seperti yang dijangkakan. Akhirnya Adun Kota Darulaman daripada DAP keluar daripada kerajaan Pakatan Rakyat Kedah setelah pusat penyembelihan babi di Alor Star dirobohkan.

Hanya kerana seekor binatang, ba alif ba ya = babi, manusia pun boleh bergaduh.

Nantikan drama yang hebat seterusnya daripada artis-artis PKR pula. Pastinya skrip yang indah telah dipersiapkan oleh penaja-penaja drama ini.

Kalau tak jadi, baguslah. Tapi macam ada bau je....

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada Ustaz Azizan,

Kedah bukanlah Kelantan.

Saya dah banyak dengar complaint dari orang bukan Islam di Kedah. Banyak sangat. Mujurlah mereka masih marah kepada BN atas kenyataan bodoh dan separuh sedar yang keluar daripada mulut pemimpin BN.

Tapi, lepas ni tak taulah macam mana pulak.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Skrip yang disusun puak BN nampaknya berjalan lancar, sekurang-kurangnya sehingga waktu artikel ini dibaca anda. Seterusnya, jika DAP pusat membuat konsensus menyokong DAP Kedah menarik diri daripada Kerajaan PR Kedah, BN akan membuat sujud syukur, kerana rezeki yang tidak disangka-sangka telah tiba.

Drama diteruskan dengan loncatan empat lagi ekor katak-katak dari PKR dari Kedah, dengan alasan Kerajaan Kedah tidak menjaga kebajikan rakyat Kedah, khususnya kaum bukan Melayu. Orang ramai akan hilang keyakinan dengan PKR.

Orang bukan Islam akan merasa kecewa dan tidak akan memberikan kepercayaan kepada Pas lagi. Pas akan kehilangan banyak undi dari mereka. Apabila BN dapat menghidu masalah ini, tibalah masa untuk membubarkan Dun Perak. Perak kembali dikuasai BN setelah orang Cina kembali ke pangkuan BN.

Najib melihat sokongan terhadap dirinya dan BN telah kembali seperti biasa. Akhirnya, Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU13 lebih awal. BN kembali mendapat majoriti 2/3. Pas kembali ke takuk lama. PKR akan tinggal kenangan. Jawatan Ketua Pembangkang kembali ke tangan DAP, seperti sebelum-sebelum ini.

Apabila ini berlaku, bye-bye PR. Sila tunggu 20-30 tahun lagi untuk bangkit dan memenangi beberapa negeri seperti PRU12 yang lalu. Impian untuk menawan kerajaan pusat hanya tinggal kenangan terindah. Anwar Ibrahim boleh simpan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri bukan dari BN yang pertama.

Bukan nak salahkan Pas, PKR dan DAP. Tapi terimalah hakikatnya, korang memang ditakdirkan untuk menjadi pembangkang sahaja. Sorang gila dengan kerajaan perpaduan, sorang lagi gila ngan babi. Sorang lagi tersepit.

*rujuk artikel 'Aduh, Bro Anwar lupa tutup kandang lagi ka?'

2 comments:

Pengasas said...

Salam SkuadPeninjau,
Keluar pakatan tapi tak masuk barisan.

Skuad Peninjau said...

W'salam Dr,

3 ekor katak di Perak tu tak masuk barisan pun. Cukup dengan keluar sabda, "aku sokong BN".

Post a Comment