Manek Urai : Skuad pencarian Ustaz Nasharuddin ditubuhkan!

Macam mana nak gi Manek..........Manek apa?

Ustaz Nasharuddin dilaporkan hilang lagi daripada pandangan orang ramai sejak minggu lepas. Selepas kali terakhir kelihatan di parlimen bersama beberapa batang tubuh ahli parlimen PR yang lain, dia kembali menghilangkan diri selepas itu.

Dikatakan Ustaz telah tersesat dalam perjalanan ke Manek Urai. Kereta Mercedes Gold kuning Ustaz tidak kelihatan di Kuala Lumpur ataupun di Bachok. Mungkin Ustaz tersesat di dalam pedalaman Merapoh-Gua Musang, ataupun sudah terlajak ke Sg. Golok.


Kepada sesiapa yang menemui Ustaz Nasharuddin di mana-mana, sila tunjukkan dia jalan ke Manek Urai, tolong beritahu dia yang orang Pas di Manek Urai amat memerlukan dia segera, sebagai Timbalan Presiden Pas.


Tok Guru sudah panas dekat Kelantan!


-----------------------------------------------------------------------------------------------

Nasharuddin 'malu mata' ke Manek Urai

kemaskini 3.54pm Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mungkin "malu mata" hendak datang berkempen dalam pilihanraya kecil Manek Urai, kata Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan.

"Tidak ada masalah, cuma barangkali mereka segan hendak mari. Tidak tahulah sebabnya, malu mata," kata Abdul Fatah Haron dalam sidang media harian PAS di markaz induknya di Manek Urai.

Abdul Fatah diminta mengulas sama ada ketidakhadiran Nasharuddin - yang dikecam Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana menyokong kerajaan perpaduan - boleh menjadi beban kepada PAS untuk memenangi kerusi tersebut.

Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, juga popular digelar dengan Abe Uji, turut hadir.

Ditanya tentang jadual ahli parlimen Bachok itu, Abdul Fatah berkata, mereka tidak menyediakan jadual awal untuk kempennya di kawasan itu, sebaliknya ia dibuat secara harian.

Katanya, beliau tidak mempunyai kuasa untuk menawarkan sesiapa datang berceramah dan berkempen di situ kerana ia di bawah bidang kuasa "orang atas

Malaysiakini

2 comments:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Salam SkuadPeninjau,
Walaupun dah tutup buku pasal UG, tapi malu tetap kekal dan mendalam. Saya rasa kesihan juga pada dia.

Skuad Peninjau said...

W'Salam Dr,

Tunggu sikit lagi. Kalau markah dia jatuh bawah 40, saya akan start kempen meminta Ustaz Nasha letak jawatan.

Kalau dah jadi pemimpin, kenalah berjiwa besar. Apa nak malu muka pulak? Mana amanah sebagai TP, bersama dengan ahli Pas?
Penin.

Post a Comment