Manek Urai : Juhi Chawla jealous kat Tok Guru

Juhi Chawla Malaysia - Kak Jat

Kak Jat kita berkata :

“Semasa saya datang ke sini, saya banyak melihat poster Tok Guru (Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat) menadah tangan berdoa, saya tertanya-tanya apakah doa beliau? Apa yang saya fikir, sekarang sudah 20 tahun Allah SWT memberi Pas untuk memerintah negeri ini, tetapi Kelantan masih teramat miskin, saya sedih melihat keadaan penduduk di sini,” katanya.

Sinar Harian

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Wah wah wah..........Apa masalah kak jat dengan Tok Guru menadah tangan berdoa kepada Allah. Adakah itu satu kesalahan? Apakah apabila sekali sahaja seseorang itu berdoa kepada Allah, doanya akan terus dimakbulkan on the spot? Apa punya bodoh punya statement.

Kalau doa tu tak dimakbulkan sekarang, bermakna Allah suruh kita meneruskan doa kita sampai Allah makbulkan. Kalau tak makbul di dunia, Allah akan jumlahkan semua doa kita di Akhirat menjadi pahala yang terkumpul.

Doa itu senjata mukmin, doa itu adalah perantaraan antara diri kita dan Allah. Dengan doa, kita ada medium untuk meluahkan rasa gembira, syukur, sedih, gelisah, marah dan payah kita kepada Allah. Kalau Kelantan masih miskin, memanglah disuruh kita terus berdoa, supaya Allah mengangkat sedikit kesusahan daripada rakyat Kelantan.

Ataupun Kak Jat tak reti nak berdoa? Cemburu tengok Tok Guru boleh berdoa panjang-panjang dalam video klip di youtube? Ataupun Kak Jat pun nak jugak gambar Kak Jat berdoa dalam banner UMNO? Suruh la diorang print. Mesti gempak punya.

*Mengata Kelantan miskin. Apa yang ko sumbangkan untuk penduduk Lembah Pantai? Sumbat duit tak berhenti-henti. Apa yang boleh dibanggakan di flat-flat Lembah Pantai? Berapa banyak yang berjaya masuk universiti? Berapa banyak pulak yang masuk serenti dan jail? Jawab sikit! Memang patut kalah PRU lepas. Cakap tak serupa bikin.

0 comments:

Post a Comment