Manek Urai : Berakhir sudah debaran....


Beberapa perkara yang menarik boleh dijadikan iktibar

kemaskini 7.39pm Menurut sumber Twitter Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, kemenangan BN "semakin terserlah."

"Keputusan tidak rasmi kelihatan rasmi dari minit ke minit. Kemenangan BN semakin terserlah," katanya.

malaysiakini

*Ini adalah beruk yang sedang mengira berapa jumlah buah kelapa yang diperolehinya. Kelapa orang lain punya dia kira dia punya jugak.

............................................................................................................................................................

Berdasarkan pengundian sehingga jam 3 petang tadi, Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.

malaysiakini

*Apa jadi dengan polling agent? Macam mana kiraan boleh lari jauh sangat daripada majoriti sebenar. Jarang terjadi. Jangan terjadi lagi selepas ini.

......................................................................................................................................................................

Janji membina jambatan jika BN menang di Manek Urai yang dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin "usaha terdesak untuk mendapatkan undi", kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

"Beliau telah melihat pengundi tidak menyebelahi mereka, tetapi jambatan bukan masalah utama kepada penduduk Manek Urai," katanya kepada Malaysiakini.

malaysiakini

*Dua bahagian yang dihubungkan melalui jambatan yang dijanjikan; Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama, dua-dua dimenangi BN, maka sepatutnya Yidin menunaikan janjinya untuk nak hadiahkan sebuah ghetok untuk penduduk di sana.

Senang lain kali, Yidin janji la nak buat airport dekat Manek Urai, confirm menang punya. Siapa tak nak?!

Ataupun satu undi, satu jambatan. Tutup mata boleh menang.

0 comments:

Post a Comment