Kedah oh Kedah....


Kes di Kedah masih tak berkesudahan. Namun, bagi saya sebenarnya terdapat beberapa masalah yang tidak diselesaikan oleh Ustaz Azizan dalam setahun lebih pemerintahan Pas bersama PR di Kedah. Ianya telah bermula sejak dari awal, sejak dari Ustaz Azizan mula memegang jawatan MB lagi.

Ramai kawan-kawan Melayu yang amat berpuas hati dengan cara Ustaz Azizan memerintah negeri Kedah. Ustaz Azizan memang ternyata mengambil berat dan membela masalah orang Melayu Kedah. Kita semua sedia maklum, Ustaz Azizan juga sendiri menang di kawasan Dun Sungai Limau, Dun majoriti Melayu luar bandar(mengikut pendapat saya). Semestinya Ustaz Azizan mengerti masalah yang dialami oleh orang Melayu.

Saya juga ada kawan Umno yang berasal dari Kedah. Rata-rata mereka sangat senang dengan pembawaan Ustaz Azizan. Beliau seorang yang tidak tergesa-gesa menukar pegawai-pegawai di dalam kerajaan negeri walaupun pada hakikatnya beliau boleh berbuat demikian. Pegawai yang sedia ada dikekalkan. Mereka tidak ada masalah jika Pas Kedah dikekalkan sepenggal lagi.

Dalam sibuk prihatin terhadap orang Melayu, Ustaz Azizan telah menyisihkan(sengaja atau tidak, Allahua'lam) kaum bukan Melayu. Ramai daripada mereka tidak berasa selesa dengan pemerintahan baru Kedah. Pada dasarnya, mereka berharap adanya satu pembangkang yang kuat di Kedah, bukannya mereka mengundi untuk mengubah kerajaan.

Bukan kerana isu babi, kerana isu ini orang ramai turut menyokong tindakan itu. Antara isu yang saya masih ingat ialah, orang Cina di sungai Petani mengalami masalah kerana tidak menjemput artis untuk mengadakan show di sana kerana ada restriction yang dibuat oleh kerajaan negeri. Business mereka talak ong. (Saya faham sebab Pas tidak membenarkan, tapi mungkin kerana miscommunication terjadi dimana-mana, orang Cina tidak dapat memahaminya.) Mereka lebih senang dengan BN kerana semua dapat dibuat tanpa banyak bicara.

Apa yang saya boleh nampak, PRU13 nanti, Pas mungkin akan kehilangan beberapa Dun yang mempunyai komposisi bukan Melayu yang agak signifikan ex. Alor Mengkudu, Kubang Rotan, Tanjong Dawai, Pantai Merdeka, Kuala Ketil dan Bandar Baharu. Kehilangan beberapa Dun ini sudah cukup untuk menumbangkan PR. Jadi, diharapkan Ustaz Azizan dapat berbuat sesuatu untuk mengatasi masalah ini. Pengundi Cina berfikiran strategik. Jika mereka berubah, mereka akan buat secara beramai-ramai.

Saya tidak mahu Pas dan PR TUMBANG di Kedah. Inilah negeri yang saya amat harapkan menjadi contoh kehebatan kepimpinan Pas di bahagian pantai barat. Saya amat sayangkan Ustaz Azizan sebagai seorang Menteri Besar Kedah. Dia adalah antara yang terbaik, jika bukan yang terbaik. Saya mahukan Kedah menjadi seperti Kelantan, kubu kuat Pas. Inilah masa yang terbaik untuk kita laksanakan segala benda yang patut. Jangan apabila sudah terlepas, baru mahu disesali segalanya.

2 comments:

Pengasas said...

Salam SkuadPeninjau,
YB-DAP sepatutnya tidak mengkhinzirbuta menuduh kerajaan kedah dengan berbagai isu.

Skuad Peninjau said...

Salam Dr,

Benar, ada sesetengah isu memang YB DAP telah menuduh kerajaan Kedah secara semborono.
Contohnya, isu babi.

Tapi ada isu yang terlepas pandang. Saya harap Ustaz Azizan dapat catch up.

Post a Comment