SATU MALAYSIA lawan KETUANAN RAKYAT!

PAS-Umno berentap di Manek Urai

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat dengan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.

.......potong berita

Calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, adalah yang pertama menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno Kuala Krai menyerahkan borang pencalonannya di pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1, sejurus selepas ia dibuka pada jam 9 pagi.

Tuan Aziz adalah lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan bekas pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar.

Sejurus kemudian, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan, pula menyerahkan borang pencalonannya.

dipendekkan berita......

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi menganggarkan penyokong PAS yang hadir seramai 7,000 dan 4,000 penyokong BN.

Berita lengkap di Malaysiakini

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu pencalonan sudah tamat; Kamarul Ramizu Al-Gantangi tak ada, Nek Mun pun tak ghok nak gi pencalonan kat Kelantan, Kak Aminah pulak tengah sibuk jual CD panas kat pasar malam, duit masyuk!

Jadi, pertandingan satu lawan satu, Mohd Fauzi Abdullah daripada PAS berhadapan dengan Tuan Aziz Tuan Mat, yang mewakili kerajaan Umno Barisan Nasional. Tak ada pengacau dalam pilihanraya kecil kali ni.

Ketua Polis Kelantan kata, 7000 penyokong Pas, 4000 penyokong BN...........dalam blog-blog kata 10000 penyokong Pas, 2000 penyokong BN. Mungkin 2000 penyokong PAS disedekahkan kepada BN jadi 4000, baki seribu lagi buat hadiah untuk Polis Kelantan. Logik la.

Muhyiddin : Ustaz, camne cerita perpaduan kita?
TGHA : Perpaduan ape? Ana tok tahu pun?
Muhyiddin : Eih?

*Kemanakah Ustaz Nasharuddin Mat Isa? Saya masih bertanyakan kawan-kawan di sana tentang dia. Ustaz, kalau nak buat kerja spy pun, habaq la kat orang.

0 comments:

Post a Comment