Babi punya pasal, sudah mau gaduh ka?

Babi: DAP Kedah bertindak terburu-buru

ALOR SETAR: Exco kerajaan negeri Kedah, Fakhrurazi Zawawi telah memberikan penjelasan panjang lebar kepada pemimpin DAP Pusat berhubung dengan pusat penyembelihan babi di Mergong, Kedah.

“Nampaknya mereka faham dan meminta kita menyelesaikan isu ini dengan baik. Tetapi DAP Kedah nampaknya tidak berpendirian sama dengan DAP Pusat,” kata Datuk Seri Azizan Razak.

The Malaysian Insider

---------------------------------------------------------------------------------------------

Memang baguih sebenarnya apa yang Ustaz Azizan buat semalam. Tindakan meroboh pusat sembelihan babi itu sememangnya tepat kerana ianya telah dibiarkan secara haram selama 30 tahun di situ tanpa sebarang gangguan daripada pihak berkuasa tempatan.

Tabik sama Ustaz!

Hakikatnya macam tu pun, jarang sekali Umno and BN berani nak sentuh kawasan Cina walaupun ada kegiatan haram jadah sekalipun, kerana sebab yang wahid, duit sudah di'tiup' ke dalam mulut pihak berkuasa. Buktinya boleh dilihat dimana-mana pun; kawasan pelacuran di satu lorong kecil antara Jalan Pudu(kalau tak silap) dan Jalan Imbi terus hidup subur hingga hari ni walaupun HQ Polis Kuala Lumpur hanya terletak 200-300meter dari tempat itu. Harap lepas ni bila pergi situ balik dah tak ada dah.

Macam kes kat Kedah ni, sememangnya Pas berani untuk bertindak sedemikian, walaupun mungkin akan mengalami 'backlash' daripada penduduk Cina di Alor Star. Tapi kerajaan Kedah sudah menyiapkan satu tempat sembelihan babi yang baru di Pendang, maka apa lagi yang masih menjadi masalah bagi DAP Kedah?

Bimbang harga babi melambung tinggi? Alasan tak munasabah. Ataupun memang saja nak cari populariti daripada kes ini? Atau juga mungkin tempat sembelihan babi itu ada nilai sentimental bagi Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su?

Apapun, tahniah kepada Ustaz Azizan. Ustaz mengambil tindakan yang betul. Ramai orang yang memuji Ustaz Azizan atas ketegasan beliau menangani isu ini, termasuklah daripada 'belah sana'. Mahathir pun kata, kalau macam ni la, susah BN nak ambil balik Kedah.

DAP Kedah boleh buat apa yang dia suka. Pasal satu hal kecil pun dah nak keluar. Buatla satu pakatan baru, 'Pakatan Babi'. Ambil berat tentang kebajikan babi-babi seMalaysia ni.

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba turutkan,

Tinggalkan Pakatan tinggalkan semua,

Kerana babi gua turutkan!


*Bab kenyataan dia semalam aku tetap tak setuju.

2 comments:

Dewan Ulama PAS Kedah said...

Saya setuju dengan saudara.Ustaz Azizan dah bagi masa yang cukup untuk peniaga babi tu tutup dan pindah kawasan lain.DAP tak sepatutnya bangkitkan isu ni.

Skuad Peninjau said...

Salam,

Secara prinsipnya tempat itu beroperasi secara haram, maka memang patut ianya dirobohkan. Tiada sebab untuk bertangguh dan memberikan alasan lagi.

Orang Cina yang saya ketemu pun semua tidak ada masalah dengan tindakan itu. Kerana ianya haram.

Post a Comment