Perhatian semua! Atteeennnntion!

Sempena ulang tahun kematian Henry Gurney yang ke-58 ini, saya rasa banyak benda yang boleh dilakukan supaya peristiwa yang penting ini tidak dilupakan.

Respek, jangan tak respek!

Antaranya yang relevan ialah:

1. Pembinaan Tugu/Patung/Boneka Henry Gurney di kawasan beliau mati ditembak.

2. Mengabadikan namanya di salah satu tempat di Malaysia ex. Kuala Kubu Bharu mungkin boleh jadi Kuala Henry Gurney.

3. Mengadakan Hari Memperingati Henry Gurney setiap tahun. Berarak beramai-ramai dari Dataran Merdeka sampai Stadium Negara, lepas tu buat la Qasidah ke, nasyid ke.....

4. Cuti Umum pada hari Henry Gurney dibunuh setiap tahun.7 Oktober 1951

5. Mengadakan pertandingan; siapa yang boleh menyerupai susuk tubuh, suara, dan pemakaian Henry Gurney. Hadiah pertama, berjumpa dengan sanak saudara Gurney yang masih hidup.

6. Menganugerahkan 'Tun' kepada mendiang atas jasanya mempertahankan negara. Tun Henry Gurney, baru ada ummphh sikit.

7. Membina Institut Pemikiran Henry Gurney. Mungkin Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Dahlan boleh menjadi Pengerusi Institut ini. (Dia ni yang syok sangat hari tu)

8. Membina Muzium Henry Gurney di Kuala Kubu Bharu. Letakkan semua barang dia kat situ; baju, seluar, underwear, berus gigi, curut, semualah......biar terubat rindu kita semua.

9. Mengadakan upacara kerohanian oleh semua kepercayaan supaya rohnya tenang di alam sana. (ekstrem sangat kot!?)

10. Mengadakan upacara mencambuk diri sendiri (macam hari asyura) kerana gagal menyelamatkan nyawa Henry Gurney, moga dosa kita semua diampunkan. (huhuhu)

Ini semua cadangan yang bernas yang boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Jangan biarkan memori Henry Gurney reput dan luput begitu sahaja. Tanpa Henry Gurney, siapalah kita...hahaha

:p

0 comments:

Post a Comment