Sedikit nota untuk....

Sesiapa yang mahu bermuqabalah:

Manek Urai adalah tempat yang paling sesuai untuk mengadakan muqabalah dengan ahli ahli Umno bawahan. Semua tenaga ahli pas telah dihalakan ke sini sempena pilihanraya. Engagement boleh dilakukan dimana-mana saja. Silakan bermuqabalah, cuba memujuk mereka, moga moga terbuka hati untuk mengundi Pas hari membuang undi nanti.

Ketemulah ahli Umno ketika PRK kali ini

Dimana mana sahaja, boleh! Kedai kopi, dalam rumah, majlis ceramah, tepi estet, dalam masjid, dekat tangga surau, semua mana anda rasa selesa. Peringatan! Muqabalah dalam gelap adalah dilarang sama sekali........kerana mungkin anda boleh ditangkap basah oleh ahli Pas nanti.

berda'wah kepada 'firaun':

Selain berdakwah kepada 'firaun', kita tidak juga boleh melupakan pengikut-pengikut 'firaun' yang ramai ketika PRK Manek Urai ini. Peluang yang tak seharusnya dilepaskan oleh para pendakwah yang begitu bersemangat mengqiaskan da'wah kepada Umno ini sama dengan da'wah Nabi Musa kepada Firaun. Pengikut-pengikut 'firaun' akan mengerumuni kawasan dun ini. Giatkan da'wah anda.

Mungkin da'wah kepada 'firaun' agak payah sedikit; 'firaun' ini merasakan hanya dialah yang boleh memerintah negara ini. Tanpa 'firaun' ni, kemajuan di Malaysia takkan tercapai. Lihat! Sungai Gombak dan Klang mengalir tenang di Kuala Lumpur, di bawah pemerintahan aku!

Dah 50 tahun lebih kita da'wah kat geng 'firaun' ni

Tugas berat untuk menda'wah mereka ini. Ada berani?

Jadi, Manek Urai adalah tempat yang paling sesuai untuk menyempurnakan tugas-tugas yang belum selesai seperti yang saya sebutkan di atas. Jangan dilepaskan peluang yang tak selalu datang ni!

:)

0 comments:

Post a Comment